"Abang dah tak perlu ke Bahagian Kecemasan kat Hospital sejak bulan Januari haritu. Syukur sangat dapat jumpa minyak ni. Kalau tidak, dulu asyik berulang je ke Hospital Ampang tu"
"Dulu, Abang nak tidur baring pun dah tak boleh. Kena duduk dan tunduk tahan kepala di meja sebab susah nak bernafas. Sekarang, siap dah minum air ais pulak..."
"Tapi dia rajin sapu sendiri minyak tu... cuma bahagian belakang akak tolong sapu la.."
Perbualan di atas bukan rekaan ya. Ia perbualan admin dengan Kak Timah semasa menghantar stok Minyak Herba Asma Mujarab untuk kegunaan suaminya serta edaran buat penduduk di kawasan Pandan Indah.
Lepas sembang-sembang dengan Kak Timah, hati ni terasa seronok dan puas bila sedar produk yang dijual betul-betul membawa manfaat kepada pengguna.
Ternyata Minyak Herba Asma Mujarab ini berjaya menjadi asbab kepada ramai penggunanya untuk mengurangkan asma dan batuk. Yang penting istiqamah atau konsisten dalam penggunaannya.
Bukan kanak-kanak sahaja yang mendapat manfaat dari penggunaan minyak ini. Sudah terbukti ia juga berkesan terhadap orang dewasa.
Kongsikan kisah ini dengan sesiapa yang anda rasa perlu dapatkan rawatan asma. Semoga mereka juga mendapat manfaatnya.
Untuk yang memerlukan Minyak Herba Asma Mujarab ini, sila Whatsapp 012-2207528. COD di sekitar KL dan penghantaran Poslaju ke seluruh Malaysia
Madu memang sudah terkenal sebagai makanan tambahan berkhasiat dan mempunyai keupayaan menyembuhkan pelbagai penyakit.
Manfaat madu ini telah pun disebut di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu lagi:-
“Dan Tuhanmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia (peternakan lebah). Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. [QS. An-Nahl: 68-69]
Sayangnya, dengan perkembangan perubatan moden, khasiat madu telah banyak dilupakan dan lama-kelamaan madu tinggal sebagai pemanis atau penambah perisa makanan/minuman sahaja.
Namun, di alaf baru ini, semacam timbul kesedaran kembali tentang khasiat perubatan alternatif/tradisional/semulajadi/apasajalabelnakbagi.. Salah satu bahan yang mula mendapat semula tempat di kalangan masyarakat sebagai ubat/penawar adalah madu. Biarlah nak label apa pun, yang pentingnya masyarakat mula mengkaji semula khasiat madu dan menggunakannya untuk manfaat kesihatan dan kecantikan(?)..
Bermacam-macam jenis madu boleh didapati di pasaran sekarang ini. Ada madu tanah tinggi, ada madu ikut jenis bunga, ada yang manis, ada yang terlampau manis... yang penting berhati-hati jangan sampai terkena dengan madu tiruan. Adat dunia, kalau dah popular, mesti akan ada tiruan.
Sebagai pengakhir bicara, pastikan di ruamah tuan-tuan dan puan-puan sentiasa ada sebotol madu untuk kegunaan harian. Selamat ber..madu.. (bukan madu kahwin ya...)
Saya ingin kongsikan pengalaman saya mengidap penyakit kulit yang dinamakan Psoriasis. Sudah lebih 10 tahun saya mengalami penderitaan penyakit ini. Sejak saya berumur 28 tahun.
Sudah bermacam-macam ikhtiar saya cuba, tapi Allah s.w.t. masih belum mengizinkan lagi. Saya terus berdoa pada Allah s.w.t. agar dikurniakan kepada saya penawar bagi penyakit ini. Sungguh saya tidak tahan lagi untuk menanggung penderitaan penyakit kulit Psoriasis ini.
Sudah bermacam-macam ubat saya cuba, kalau nak dikira ubat hospital sudah sehabis usaha saya cuba. Memang tak dinafikan ada ubat hospital yang boleh menahan penyakit kulit Psoriasis ini. Tapi sudah lama saya buat reseach di Google memang setakat ini masih belum ada penawar yang mampu menyembuhkan penyakit ini.
Sekian lama saya menggunakan ubat-ubatan dan krim dari hospital, tapi penyakit kulit Psoriasis ini masih tidak mampu untuk sembuh. Malah kulit saya bertambah teruk dan jangkitan merebak terus ke bahagian kepala. Kerana ubat-ubat hospital yang saya guna ini mempunyai steroid dan akan mendapat kesan sampingan selepas bertahun-tahun digunakan. Kulit makin rosak.!
Alhamdulillah setelah sekian lama berdoa pada Allah, saya berdoa di Makkah, Hijir Ismail dan tepi ka’abah… Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Akhirnya Allah temukan saya dengan seorang hamba Allah dari Nilai, Negeri Sembilan.
Beliau beri pendapat pada saya supaya cuba rawat penyakit ini dengan menggunakan kaedah traditional. Iaitu dengan menggunakan Produk 100% dari tanah liat putih yang telah dicampurkan dengan air galian asli. “Asal Kita Dari Tanah,Ruam Bayi Powder Ini Juga Dari Tanah, Insya Allah akan Serasi” katanya.
Dia yakinkan saya lagi, bahawa kaedah tradisional ini adalah daripada kaedah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Iaitu merawat penyakit dengan menggunakan tanah dan air.
Tanah liat putih yang bermutu tinggi ini adalah tanah liat putih yang terbaik di dunia. Permintaannya telah mendapat sambutan hingga ke negara Jepun dan China. Ia dicampur dengan 100% air galian yang ditapis khusus bagi menjaga kualiti tanah tersebut.
Saya mula-mula masih tidak berapa yakin dengan hadith ini, adakah dia benar-benar soheh atau sebaliknya. Alhamdulillah setelah merujuk pada tok-tok guru pondok dan ustaz-ustaz yang pakar dalam bidang hadith, memang benar bahawa Nabi saw pernah berubat dengan tanah dan air.
Kaedah ini terbukti sangat berkesan, malah mampu menyelesaikan pelbagai jenis penyakit kulit seperti Ekzema, Psoriasis, Gatal-gatal, Kurap, Panau, Kayap, Ruam susu (bayi), Ruam panas, Kudis, Kudis buta, Cacar air , Jerawat, luka dan lain-lain masalah kulit…
DARI TANAH KITA DIJADIKAN DAN DARI TANAH JUGA SEGALA PENAWAR TERCIPTA
Dari Aisyah r.a.d, Berkata: “Sesungguhnya Nabi saw berkata/berjampi bagi penyakit; Bismillah, Ini tanah bumi kami, dengan campuran air liur di kalangan kami, disembuhkan orang yang sakit di kalangan kami, dengan izin Tuhan kami.”(Sohih Bukhari: Kitab Attib; Bil:5745)
Jadi, adakah kita masih tidak yakin bahawa Nabi S.A.W. juga mengaplikasikannya untuk kesihatan kulit dan penyakit kulit?
Kami menggunakan tanah liat putih paling bermutu tunggi di dunia dan air galian semulajadi untuk menghasilkan Ruam Bayi Powder.
Ini fakta yang menyokong ijtihad kami dalam kitab Tib Nabawi(Perubatan Rasulullah SAW) karangan Ibnu Qayim:
Dalam Sahih bukhari,Muslim diriwayatkan bahawa Aisyah ra berkata,”Jika seseorg mengadu mengenai kudis (penyakit kulit) atau luka, Rasulullah saw meletakkan jejarinya sambil membaca: maksudnya:”Bisimillah,tanah bumi kami dengan campuran air liur di kalangan kami,disembuhkan orang sakit di kalangan kami dengan izin Tuhan kami.” Kata Ibn Qayyim:”
Manusia diciptakan dari Nabi Allah Adam a.s. dan Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah, Maka sebaik-baik penawar untuk segala jenis penyakit kulit juga Insya Allah daripada tanah.
Sebaiknya kita perlu gunakan air zam-zam atau air mineral yang ditapis bersih.
Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir“
Alhamdulillah cara menyembuhkan penyakit Psoriasis dengan lebih cepat dan selamat, Tidak lain dan tidak bukan hanyalah dengan mengikut apa saja cara Sunnah Rasulullah SAW ajarkan, Iaitu Dengan mengamalkan perubatan tradisional dengan menggunakan tanah dan air.
Tersangat banyak kelebihan menggunakan penawar ini kerana mampu meyembuhkan segala jenis penyakit kulit.
Kanak-kanak ini pernah mengalami ekzema yang teruk sehingga merebak ke pergelangan tangan. Alhamdulillah dengan izin Allah adik ini sembuh dengan Ruam Bayi Powder.
Bayi ini juga hampir sembuh keseluruhannya setelah menggunakan Ruam Bayi Powder.
Nak tahu apa yang best sangat Ruam Bayi Powder ni?
Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi.
Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .
Satu bekas tahan agak lama. Selalunya saya guna beberapa bulan.
Walaupun ia tidak semahal produk-produk lain, Alhamdulillah setiap kali sapu ruam atau penyakit kulit anak-anak kita semakin berkurangan.
Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.
Selamatlah anak-anak anda terutama yang masih bayi, sebab kandungannya dari 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus.
Ruam Bayi Powder ini sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam. Ramai yang cakap berbaloi, murah dan berkesan! Banyak testimoni pelanggan yang sangat berpuas hati. Alhamdulillah!
100% semulajadi serta sunnah nabi S.A.W. Ini kerana ia salah satu cara Nabi SAW mengubati penyakit kulit seperti yang terdapat di dalam Hadith Sohih di atas yang membuktikan Nabi S.A.W. menggunakan tanah liat mengubati penyakit kulit dan lain-lain penyakit.
Alhamdulillah Tanah Liat Ruam Bayi Powder Ini Sudah Siap Diproses Di Dalam Bekas Yang Cantik.
Sementara stok masih ada, cubalah sekarang. boleh Hubungi Rizal di 012-2207528. Penghantaran seluruh Malaysia. Hanya RM38 sahaja untuk sebekas. Wallahuaklam…
Selepas 2 Hari Menggunakan Ruam Bayi Powder, Alhamdulillah Kulit Psoriasis Semakin Nipis.
Kunyit telah sekian lama menjadi pelengkap jika tidak sebagai rempah ratus utama dalam masakan kita. Hampir setiap rumah pasti mempunyai serbuk kunyit di dapur, digunakan sebagai salutan bersama garam untuk lauk bergoreng. Manakala, khusus untuk penduduk Negeri Sembilan, kunyit merupakan rempah/herba utama digunakan dalam masakan harian mereka iaitu masak lemak kuning.
Namun pernahkah kita terfikir di sebalik kebiasaan tersebut, ia sebenarnya membawa banyak manfaat dari segi kesihatan untuk kita semua? Andai kita tahu, mungkin selepas ini, makin ramai yang akan memastikan kunyit menjadi bahan wajib untuk digunakan didalam masakan setiap hari.
Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma Longa adalah sejenis tumbuhan di dalam keluarga halia. Bahagian yang kita namakan kunyit itu adalah akar tumbuhan tersebut. Akar tersebut berwarna oren kekuningan di bahagian dalamnya dan inilah yang memberi warna kuning atau oren kepada masakan kita.
Khasiat utama kunyit ini datangnya dari bahan aktif di dalamnya yang bernama curcumin. Walaupun kandungannya sedikit, iaitu cuma 3% dari berat kunyit, curcumin inilah yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan, antaranya:
1. Anti-Radang / Anti-Bengkak yang amat berkesan
Kehebatan kunyit dalam menghalang atau mengurangkan keradangan adalah setanding dengan ubatan moden yang mengandungi steroid. Kelebihannya pula ialah ia tidak membawa kesan sampingan negatif seperti ulcer serta pendarahan intestin.
2. Anti-Oksida semula jadi
Proses metabolisme di dalam badan kita menghasilkan radikal bebas. Andai berlebihan, ia akan membuka ruang untuk pelbagai jenis penyakit bertapak di dalam badan kita. Dengan memakan kunyit, anti-oksidannya dapat membunuh radikal bebas ini.
3. Antiseptik
Kunyit atau serbuk kunyit boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil serta jerawat Seeloknya hancurkan kunyit tersebut dan disapukan pada luka atau jerawat. Ia memberi perlindungan daripada bakteria, membolehkan kulit melalui proses penyembuhan tanpa jangkitan kuman.
Banyak lagi faedah kesihatan dari kunyit. Antara lain ialah meningkatkan fungsi otak dan memori, melawan kanser, serta membantu rawatan pesakit jantung.
Cuma perlu berhati-hati pada satu perkara ini. Kekuatan warnanya kunyit akan menyebabkan tangan anda berwarna kuning dan ia mengambil masa yang lama untuk hilang.
Begitulah serba sedikit mengenai kunyit. Semoga semua memperoleh ilmu berfaedah dari kami di Alam Merawat.
Produk Majun ini adalah amalan tradisi orang-orang Kelantan sejak 20 tahun yang lalu. Majun ini ternyata berkesan hingga mampu menyembuhkan penyakit buasir yang kronik (berdarah). Kandungan Majun ini 100% daripada akar-akar kayu terpilih dan dijamin halal.
Dahulu ianya dijual di kedai-kedai kecil dan juga dari rumah ke rumah di daerah-daerah dalam negeri Kelantan sahaja.
Saya sendiri mulanya tidak berapa tahu mengenai Majun ini. Memandangkan saya menggunakan dan mengedarkan penawar gout orang asli dari pengedar yang sama, saya turut menjadi pengedar Majun buasir ini di kawasan Kuala Lumpur.
Terus terang saya katakan saya tak menyangka sambutan yang menggalakkan untuk Makjun ini. Ramai yang mencari Majun ini setelah mereka mendengar tentang keberkesanannya. Alhamdulillah dan Insya Allah selepas menggunakan Majun ini, Anda tidak perlu ke Hospital untuk membuat pembedahan Buasir. Ramai yang telah menggunakannya amat berpuashati dengan dan telah sembuh dari simptom buasir.
Apa pun saya tak pandai nak menceritakan bahawa ubat ini lebih berkesan daripada Majun atau ubat-ubat yang lain. Tapi hakikatnya ubat ini memang berkesan. Sama juga seperi Penawar Resdungyang saya ceritakan dulu. Mula-mula saya ceritakan kelebihan dan keberkesanan ubat ini, ramai juga hamba-hamba Allah yang mengkiritik tanpa mencubanya terlebih dahulu.
Tapi Alhamdulillah selepas daripada itu ubat resdung yang saya cadangkan itu mendapat sambutan daripada ribuan pengguna di seluruh Malaysia. Dan tiada seorang pun pengguna yang melemparkan kritikan yang negatif. Malah hingga saat ini masih ramai yang membelinya. Alhamdulillah!
Lihat Simptom-simptom penyakit buasir ;
Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Penyakit buasir ni atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :
Buasir dalam. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.
Buasir luar. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.
Jangan biarkan buasir anda menjadi semakin parah sehingga anda terpaksa membuat pembedahan di hospital.
MAJUN INI SANGAT TERHAD!!! SILA DAPATKAN SEGERA Majun ini dengan harga yang sangat berpatutan. Hubungi Rizal di 012-2207528 sekarang.
Sekarang ni makin kerap berjumpa dan dengar pasal orang kena sakit gout. Dulu-dulu jarang dengar. Mula-mula dengar gout dulu pun tak tau satu apa pun pasal gout ni. Yang tau orang asyik kata gout ni sakit orang kaya. Untung la kalau betul.. hehehe.
Gout atau Gouthritis ini sebenarnya satu masalah metabolisma di mana proses metabolisma tubuh gagal berfungsi dengan baik untuk memproses asid urik dan menyahkannya dari tubuh badan melalui proses perkumuhan.
Akibatnya, urik asid yang berlebihan di dalam badan akan terkumpul di tempat-tempat tertentu, biasanya sendi-sendi di kaki, lutut dan tangan. Ada juga keadaan yang asid ini berkumpul di belakang cuping telinga. Apabila telah tepu, asid urik ini akan bertukar menjadi kristal berbentuk jarum. Haa.... itu yang menyebabkan sakit tu. Ini sesuai dengan perumpaan Melayu "Bagai Duri Dalam Daging"... Bayangkan beribu-ribu jarum di dalam sendi dan daging mencucuk-cucuk sepanjang masa. Sebarang pergerakan akan menyebabkan rasa sakit. Kena angin pun boleh sakit tau, belum kena kain atau kena orang.
Ada orang yang hanya mengalami serangan gout akut sekali dua sepanjang hidupnya. Namun bagi yang menghidap gout, kegagalan metabolisma asid urik itu adalah berkekalan dan serangan akut akan selalu terjadi dan berpanjangan. Mengikut peubatan moden, keadaan ini tidak boleh dipulihkan, tapi boleh dikawal melalui ubat-ubatan dan diet yang bersesuaian. Hampir sama dengan keadaan darah tinggi dan diabetes, perlu bergantung pada ubat seumur hidup.
Setakat ini, saya belum berjumpa dengan ubat tradisional atau moden yang dapat memulihkan terus keadaan gout ini. Kebanyakkannya hanyalah mengawal kandungan urik asid di dalam badan atau mengeluarkan urik asid dan kristal. Selepas satu tempoh, jika seseorang itu memang mempunyai Masalah metabolisma asid urik, serangan gout tersebut akan kembali jika langkah perubatan dan pencegahan tidak diambil. Ini kerana asid urik akan berkumpul semula, lalu menjadi tepu dan membentuk semula jarum-jarum halus tadi. Maka kena balik gout.
Oleh itu, pengidap gout tidak dapat tidak, perlu mengambil ubat moden atau tradisional atau membuat rawatan untuk membuang asid urik yang terkumpul di dalam badan. Selain itu diet yang bersesuaian perlu diamalkan agar kandungan urik asid di dalam badan dapat dikawal.
Untuk yang berjaya mengawal gout dengan ubatan moden, tahniah diucapkan kerana anda telah dapat menyelesaikan satu masalah utama dalam hidup anda. Bagi yang belum dapat penawar yang serasi, bolehlah cuba pelbagai jenis rawatan serta ubaan tradisional. Dari segi rawatan ada kaedah berbekam, penggunaan lintah, akupuntur dan lain-lain. Ubatan tradisional juga terdiri dari pelbagai jenis.
Berdasarkan beberapa kaedah rawatan dan ubatan yang telah saya ikhtiarkan, setakat ini yang paling berkesan ialah Penawar Gout Orang Asli. Sejak mengamalkannya selama hampir 9 bulan, saya kini boleh makan boleh kata apa sahaja, asalkan tidak melampau-lampau. Keadaan gout saya juga terkawal dan jarang sekali saya kena serangan gout akut. Dalam tempoh tersebut, saya baru mengalami 3 episod serangan gout akut yang hanya mengambil 2-3 hari untuk surut. Dalam tempoh tersebut, kesakitan mencucuk-cucuk seperti sebelum ini tidak ada lagi. Yang seronoknya, sekarang saya sudah boleh aktif bermain dengan anak-anak selalu serta saya sudah boleh aktif berbasikal semula. Solat juga tidak perlu lagi duduk dikerusi sahaja. Sudah boleh melakukan pergerakan solat macam orang lain.
Jika anda atau anda tahu sesiapa yang masih tercari-cari penawar bagi pengawalan gout yang berkesan sila telefon atau Whatsapp saya di 012-2207528 bagi mendapatkan maklumat kanjut mengenai Penawar Gout Orang Asli ini.
Masih ramai lagi yang bila dinasihatkan untuk lebihkan meminum air kosong/ air putih/ air mati/ air masak/ air mineral, ada yang komen,
"Eleh... air kosong je kut, ape kelas minum air kosong.. kurang-kurang sirap la."
Itu yang silapnya. Sebenarnya, air kosong tu la yang paling banyak manfaatnya pada tubuh kita. Badan kita keseluruhannya terdiri daripada >65% air, manakala otak kita saja ada 75% air. Ternyata air memang penting untuk badan kita beroperasi sengan baik. Sirap dengan kopi memang masuk kategori air jugak. Cuma, ada pulak tambahan gula, tak pasal-pasal pulak nanti kena periksa untuk diabetes.
Merujuk pada gambar-gambar disini, kita boleh lihat secara sepintas lalu kebaikan air kosong untuk kita. Rajin-rajinkan diri tengok gambar tu dan amalkan sebanyak yang boleh yee..
Air mempunyai pelbagai fungsi di dalam tubuh kita seperti dalam gambar rajah di sebelah. Semua proses utama di dalam badan kita memerlukan air untuk berjalan dengan sempurna.
Satu lagi yang amat penting untuk mereka yang mengidap Gout. Elakkan dari badan anda kekurangan air. Bila badan kekurangan air, sistem perkumuhan badan akan terganggu. Maka ia akan menganggu proses pembuangan asid urik dari dalam badan. Maka ia akan banyak berkumpul dalam badan sampai tepu dan terjadilah kristal asid uric. Haaa... itu jam baru la "ADOI!!!!"
Jadi, ingat nak sihat, ingat air. Sambil tu standby Penawar Gout Orang Asli untuk bila kena serangan gout.