Monday 5 December 2016

RUGI KALAU TAK TAHU CARA MUDAH ATASI MASALAH LENGUH BAHU DAN TENGKUK INI.


"Adess.. Yang.. tolong urut sikit tengkuk ngan bahu ni.. lenguh la..”

Biasakan ayat ini keluar dari mulut suami anda? Kekadang tu rasa penat juga kan asyik nak kena urut dia je.. yang awak tu kalau lenguh-lenguh, si Abang buat dek jee...  Untung la kalau kekadang ada dia tolong picit.  Biasanya, ambikla minyak panas tu dan sapu ke tengkuk dan bahu yang lenguh tu.

Lepas sapu minyak panas atau sejuk sambil-sambil picit belakang tengkuk dan bahu, hilang sekejap rasa lenguh tu.

Dah sedap sikit, baru nak mandi. Elok kena air terasa tempat letak minyak tu tadi MEMBARA.. Takpun bila berpeluh terasa MAKIN PANAS pula 

“Alamak.. kena air jadi makin panas pulak..” Tak selesa jadinya. Macam mana ni???

HAAAA!  Tak perlu risau. Ada CARA yang LEBIH MUDAH, BERKESAN SERTA BERTINDAK PANTAS dah boleh buat sendiri….

Formulasi gabungan minyak zaitun extra-virgin dan ozon dari fixiO3 boleh membantu.
 Tidak panas atau sejuk
 Tidak perlu urutan
 Bertindak sepantas beberapa jam sahaja untuk mengatasi lenguh
 Botol bersaiz kecil, mudah dibawa ke mana-mana
 Tiada bahan kimia merbahaya, anak kecil pun boleh tolong sapukan
 Membantu tubuh merawat secara kecederaan otot secara semulajadi
 Merawat untuk kelegaan jangka panjang, bukan hanya sementara

fixiO3 Ozonated Olive oil sesuai untuk lenguh dan sakit yang diakibatkan stress atau kecederaan otot di kawasan badan berikut:
👉 Tengkuk
👉 Bahu
👉 Tangan
👉 Pinggang
👉 Kaki
👉 Sendi

Hanya sapukan di kawasan yang sakit atau lenguh dan gosok sehingga minyak tersebut meresap ke dalam kulit, tak sampai 1-2 minit pun. Masa paling sesuai digunakan adalah semasa anda berehat dan sebelum tidur, kerana di masa ini badan dalam proses merawat dan fixiO3 membantu mempercepatkan proses rawatan tersebut.

Mereka yang telah menggunakannya berpuas hati dengan kelegaan yang dirasai. Cubalah sekarang. Atasi sakit-sakit dan lenguh badan dengan cara MUDAH, MURAH dan BERKESAN.


Hanya RM38 sebotol (tidak termasuk kos penghantaran)

📲 Whatsapp “O3” ke 010-322 2188 untuk tempahan sekarang.
📲 Whatsapp “O3” ke 010-322 2188 untuk tempahan sekarang.
📲 Whatsapp “O3” ke 010-322 2188 untuk tempahan sekarang.

Thursday 13 October 2016

REVOLUSI TEKNOLOGI RAWATAN SAKIT OTOT SEPANTAS 3 HARI TANPA KESAN SAMPINGAN.

MRI menunjukkan otot dan tendon yang terkoyak pada bahu kiri.
OTOT DAN TENDON BAHU KOYAK MULA SEMBUH LEPAS 2 HARI!

"Awak kena elakkan dari bawak motor atau kereta untuk 2 ke 3 bulan. Awak MC 2 minggu dulu"...
.
"Aduh Doktor, mana boleh saya nak rehat lama macam tu. Hilang pendapatan saya nanti. MC tu tak perlu pun sebab saya kerja sendiri"
.
"Saya faham.. tapi kalau nak baik kena rehatkan juga. Ada KOYAKKAN OTOT dan TENDON yang ketara pada bahu awak. "
.

Cuba bayangkan, untuk seseorang yang pendapatannya bergantung pada jualan dan penghantaran barang yang dilakukan setiap hari, atau kata lain kais pagi makan pagi, kalau tak kais? Hilang pendapatan... Boleh miss soru tu..
.
Namun itulah situasinya pada 16 August 2016 lalu. Pemeriksaan MRI mengesahkan kecederaan yang dialami pada bahu kiri. Azabnya aduhai... menangis dibuatnya. Duduk sakit, berdiri sakit, nak baring pun sakit. Setiap hari pasti perlu ambil ubat tahan sakit, sekurang-kurangnya 2 kali. Kalau tak, satu kerja pun tak jadi.
.
Surat Keputusan Ujian MRI

Macam-macam telah diikhtiarkan. Beribu RM juga sudah dihabiskan untuk physiotherapy dan urut tradisional serta ubat-ubatan. Rasa sakit cuma hilang sementara selama 2-3 jam, kemudian sakit tersebut kembali. Ubat tahan sakit jugalah jawabnya.
.
Krim panas, minyak urut tradisional, "ice pack", acupunture.. sebut saja, telah dicuba. Sakitnya tidak juga hilang. Tangan kiri masih belum boleh diangkat tanpa sokongan. Nak jadi cerita, siku kanan pula kena "tennis elbow" disebabkan terlampau bergantung pada tangan kanan untuk beberapa minggu.
"Shoulder support" untuk menyokong pergerakan bahu.
.
PARAH!
"Bro, ozonated olive oil yang aku cakap tu dah sampai. Nak cuba?"
Tiga hari selepas MRI, seorang sahabat mencadangkan untuk cuba minyak zaiton yang sudah dimasukkan gas ozon.
.
"Tak rugi apa pun cuba. Mari sini."
Betul ke minyak ni? Tak rasa apa pun masa disapu. Sejuk tidak, panas tidak, berangin pun tidak. Tapi sebab dah ada, minyak terus disapu pada bahu kiri dan siku kanan selepas mandi pagi dan sebelum tidur.
.
Bangun pagi hari ketiga, RASA SAKIT pada kedua-dua siku kanan dan bahu kiri macam HILANG. Tangan kiri sudah boleh diangkat. Orang utara cakap macam "dikutil-kutil buang". Lega sungguh.
.
Kawan tadi pun cerita latar belakang minyak ni. Senang saja konsepnya. Minyak zaiton “extra virgin” yang berkualiti tinggi, ditambah atau disuntik dengan gas ozon. Gas ozon ni terdiri dari molekul dan atom oksigen. Erti kata lain, minyak zaiton ini menjadi pembawa oksigen. Inilah kelebihannya.
.
Apa yang bagusnya Ozonated Olive Oil (Minyak Zaiton Berozon)?
.
Tisu-tisu sel otot dan saraf yang cedera memerlukan nutrien dan oksigen untuk menjalani proses rawatan dan pemulihan. Nutrien senang didapati daripada makanan. Tetapi oksigen agak sukar untuk diberi. Kalau ada pun MAHAL! Tak percaya kalau cuba cari rawatan suntikan oksigen atau kamar oksigen (Oxygen chamber). Kalau tak beribu RM, beratus jugakla sekali rawatan. Tapi Minyak Zaiton Berozon dari fixiO3 ni murah saja harganya...
.
Berapa nilainya?
.
Jangan pula dibandingkan dengan minyak panas atau minyak tomoi/kuda. Minyak-minyak dan gel panas macam tu memang murah, tapi cuma memberi kelegaan sementara dan tidak merawat kecederaan yang dialami pun. Bandingkan dengan rawatan terapi ozon atau kamar oksigen yang dicerita tadi kerana fungsi mereka sama iaitu merawat kecederaan pada peringkat tisu-tisu sel.
.
Jadi memang sesuai sangat digunakan untuk merawat sakit badan seperti berikut:
- luka
- sengal-sengal
- kejang
- sakit lutut, kaki
- sakit sendi
- sakit pinggang
- stroke
.
Kerana sakit-sakit ini memerlukan rawatan serta pemulihan sehingga ke peringkat tisu-tisu sel baik otot mahupun saraf.
.
Jadi berapa nilainya??? RM1,000? RM2,000? RM50 pun tak sampai..
.
BIAR BETUL!!! Jangan tak percaya, RM40 pun tak sampai tau..
.
Hanya RM38.. cukup untuk melegakan sakit pinggang, sakit kaki, sakit lutut serta lenguh-lenguh yang berpanjangan dan membolehkan anda atau ahli keluarga serta sahabat handai kembali bergerak bebas.
.
Jadi jika anda atau ahli keluarga atau sahabat handai:
- mempunyai masalah kerap sakit pinggang, sakit lutut, kaki dan bahu, serta lenguh-lenguh dn sakit otot yang berpanjangan
- sedang menjalani rawatan physiotherapy
- sedang dalam proses rawatan dan pemulihan akibat stroke, kemalangan atau kecederaan sukan
- selalu melakukan aktiviti sukan/lasak, tetapi nak recover ambil masa berhari-hari;
.
fixiO3 : Untuk rawatan kecederaan otot yang mudah, murah dan berkesan.


Anda patut mencuba fixiO3 Ozonated Olive Oil (Minyak Zaiton Berozon ) ini. Rasai sendiri perbezaannya berbanding minyak, gel serta krim rawatan sakit otot yang lain. Keberkesanannya telah terbukti. Anda pasti berpuashati dengan fixiO3.
.
Hanya RM38 sebotol (tak termasuk pos)
+RM7 poslaju dalam Semenanjung/
+RM10 poslaju ke Sabah dan Sarawak
.
SMS/Whatsapp "O3" ke 012-2207528 sekarang untuk tempahan!

Tuesday 13 September 2016

CARA MUDAH ATASI MASALAH KULIT AKIBAT ECZEMA!






Sudah berapa ramai doktor atau pakar kulit yang anda jumpa untuk cari penawar bagi masalah kulit akibat eczema?

Berjaya dapat penawarnya?

Berapa pula harganya?

Andai masih belum berpuas hati dengan hasil yang dicari, kami menjemput anda untuk mencuba Ruam Bayi Powder untuk penyelesaian yang berkesan dengan harga berpatutan bagi mengatasi masalah kulit Eczema.

Hanya RM38 satu (tidak termasuk kos penghantaran)

Whatsapp 012-2207528 sekarang!

Wednesday 31 August 2016

5 Cara Legakan Masalah Serta Sakit Badan Dengan Minyak Zaiton



Banyak khasiat minyak zaiton ni, bukan setakat guna waktu nak masak spaghetti aje..

Tak payah dimakan pun dah boleh bantu kesihatan kita.
Hari ini kita lihat 5 khasiat dan kebaikan penggunaan minyak zaiton.  Caranya mudah dan boleh diikut oleh sesiapa saja.

Melegakan Lenguh, Sakit dan Keradangan Otot 

Ini adalah antara khasiat terbaik minyak zaiton.  Pengunaan sesuatu anggota secara belebihan, duduk sepanjang hari menggunakan komputer, sering tunduk untuk tempoh yang lama semasa menggunakan “smartphone” dan melakukan aktiviti-aktiviti berat sering kali menyebabkan kesakitan pada otot dan sendi-sendi serta menyebabkan otot mengalami keradangan.
Kebiasaannya kita akan mengambil “painkiller” atau menggunakan minyak urut yang biasanya mempunyai rasa panas untuk mengatasi kesakitan tersebut.  Sebenarnya, itu hanyalah kelegaan sementara.  Yang sebaiknya, badan kita perlu rawatan urutan yang betul dan membantu memberi khasiat kepada otot untuk menjalani proses pemulihan.
Urutan yang betul menggunakan minyak zaitun boleh memberi kelegaan dan khasiat yang diperlukan tersebut. Antara sebab utamanya ialah minyak zaitun mempunyai “Oleocanthal” yang bersifat anti-keradangan.  


Membantu Mengurangkan Kesan Pada Kulit Akibat Panas Matahari

Eleh.. apa nak dihairankan,  kita kan orang Malaysia.  Panas, sikit-sikit tidak mendatangkan kesan mudarat pada kulit.  Jarang kedengaran orang kita mengalami kes kulit terbakar akibat terdedah pada matahari atau “sunburn”.  Namun, ada masa-masanya kita juga terdedah pada panas matahari untuk tempoh masa yang terlalu lama.  Hari sukan ke, perarakan ke takpun memancing ke.. macam-macam juga cara boelh nak kena sunburn ni. Akibatnya, kulit bertukar merah bagai udang dibakar dan kering serta terkopek-kopek, diiringi rasa pedih.

Jika ini terjadi, campurkan minyak zaiton dan air dengan sukatan yang sama banyak.  Goncang agar kedua bahan ini bergaul sebaik mungkin dan sapukan bancuhan tersebut ke serata kawasan kulit yang terbakar atau ke seluruh badan.  Bahan anti-oksida “Squalene”, vitamin dan phytosterol yang terdapat di dalam minyak tersebut dapat membantu melegakan kepedihan akibat sunburn tersebut. Warna kulit juga akan lebih cepat kembali ke warna asal.

Membantu Melegakan Sakit Tengkuk, Bahu dan Belakang

Di zaman serba moden kini, kebanyakkan kerja dilakukan di hadapan komputer selama berjam-jam lamanya.  Di waktu lain pula, kita sibuk dengan “smartphone” masing-masing dengan kepala sering tertundul sahaja. Bayangkan... otot di tengkuk dan bahu perlu menampung berat kepala lebih kurang 5-6 kilogram.  Kedua-dua ini memberi beban yang tinggi sebenarnya pada otot tengkok dan bahu kita.  Ia membawa kepada keradangan otot-otot tersebut.  Selain dari melakukan senaman regangan untuk melegakan otot berkenaan, penggunaan minyak zaiton juga boleh menyalurkan “Oleocanthal” yang terkandung di dalamnya untuk bertindak seperti ubat anti-keradangan dengan menyekat penghasilan enzim pro-keradangan iaitu CoX-1 dan CoX-2.

Menjaga Kelembapan Kulit

Kehebatan ciri minyak zaitun dalam membantu mengekalkan kelembapan kulit menjadikan ia sebagai antara bahan utama dalam penjagaan kulit kering.  Urutan menggunakan minyak zaiton membolehkan minyak zaiton masuk ke lapisan dalam kulit dan membantu melembapkannya dari dalam.  Minyak zaiton kaya dengan anti-oksida yang boleh membantu dalam mengurangkan kulit melupas, gatal, kering, atau pun jangkitan mikrob pada kulit.  

Mengurangkan Kelemumur

Sapuan atau urutan minyak zaiton ke kulit kepala bukan sahaja membantu menghilangkan stress dan melepaskan tekanan di bahagian kepala.  Ia juga mampu membantu di dalam mengurangkan kelumumur.  Kandungan Vitamin E serta anti-oksida yang banyak melegakan kegatalan kulit kepala serta mengekalkan kelembapannya kulit.

Begitulah serba sedikit manfaat yang boleh kita dapati dari minyak zaiton.  Ini belum lagi kita bicarakan tentang khasiat yang diperoleh dari memakan terus minyak zaiton.  Biarlah untuk di lain masa pula.

Selamat mencuba.

“Share” maklumat ini dengan rakan atau keluarga yang boleh menerima manfaat darinya.

Tuesday 16 August 2016

Tips Rawat Batuk Berpanjangan.

Batuk memang membuatkan kita tak selesa.  Kena pula kalau sampai mengganggu aktiviti harian.  

Mak bapak mana pun mesti risau bila anak-anak dah batuk lama berminggu-minggu.  Macam-macam ubat dan rawatan dicuba.  Tapi anak masih lagi batuk. Bila bernafas, dengar bunyi kahak pekat. Bergelodak bunyi pada tekak dan dada.  

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, tentunya ramai yang mendapatkan rawatan di klinik dan memberi.  Tahniah! Anda telah menjalankan tanggungjawab anda.

Namun jika masalah batuk dan kahak masih belum selesai, jangan dibiarkan saja.  Kena pula anak tersebut menghidap asma, kahak yang banyak boleh membawa kepada kecilnya ruang salur pernafasan, dan boleh menyebabkan serangan asma.

Oleh itu, jika masalah kahak dan batuk belum selesai, apa kata cuba tips-tips di bawah ini untuk merawat batuk dan asma secara tradisional.



1. Wap Air Panas (Stim)

Jangan pula sapu air panas tu!!! Cuma perlu hidu stimnya saja.  Hidu stim tu selama 10 minit atau bernafas di dalam stim selama tempoh tersebut.  

Kalau ada alat pembuat stim macam dalam gambar di atas, mudah sikit.  Tidak pun, bila mandi air panas di dalam bilik air tu, kan ada stim... haaaa... biarkan anak di dalam selama 10 minit, tentunya dia bernafas dalam tu kan.  Bilik sauna pun bagus juga.. tapi bukan Portable Sauna yang cuma tutup badan dan kaki tapi kepala tersembul keluar tu.

Andai tidak ada semua tu, masak air sehingga mendidih. Bila dah mendidih, tutup api dan pindahkan ke dalam bekas besar seperti timba atau besen.  Kemudian biar anak hidu stim tu untuk 10 minit. 
PEGANG ANAK BETUL-BETUL!!!  Tak nak pula tersepak atau tertepis bekas air panas tu.. Kena berhati-hati ya..



2. Chest Percussion (Tepuk-tepuk dada)

Aktiviti ini bertujuan untuk menanggalkan kahak atau mukus yang melekat di saluran pernafasan. Bila dah tanggal baru senang nak dikeluarkan melalui batuk, muntah atau telan masuk perut.  

Lagi baik jika Chest percussion ni dibuat selepas anak guna Nebulliser atau lepas hidu stim tadi. Sebab pada waktu ini, kahak lebih lembut/cair, jadi lebih mudah tanggal, longkah atau lekang.  Tepuk dada bahagian belakang, depan dan rusuk lebih kurang 30 saat ke seminit untuk setiap bahagian. 

Nak tepuk tu pun ada seni, pastikan tangan anda seperti gambar di bawah.  Jangan leper je waktu menepuk tu.. dah jadi macam menampar pulak..  Sian budak tu.. nak baik batuk, silap teknik jadi cam kena dera pulak.


3.  Sapu Minyak Herba Asma Mujarab Original.

Haaa... ni antara yang paling mudah.  Hanya perlu sapu minyak pada bahagian dada (depan, belakang, kiri dan kanan) serta bahagian tengkok/leher.  Amalkan sapu selepas mandi dan sebelum tidur.  

Kesannya, kahak lebih cair atau lembut.  Jadi mudah dikeluarkan melalui batuk, muntah atau ditelan dan keluar ikut nombor 2....

Selain tu, dada pun terasa lapang bila minyak herba asma ni disapu.  Anak-anak nak tidur pun senang.



Jadi, cubalah mana cara yang sesuai untuk anda....





Sunday 19 June 2016

RAWATAN TERBUKTI BERKESAN UNTUK MASALAH KULIT PSORIASIS DAN ECZEMA!

Dah bermacam-macam rawatan dicuba, tetapi masalah kulit disebabkan Psoriasis dan Eczema belum berjaya diatasi?
Kami ada rawatan alternatif yang sudah terbukti berkesan terhadap penyakit tersebut. Nak tahu apa dia? Teruskan membaca.. tak rugi pun..

Tahukah anda di serata dunia, terdapat beberapa tempat yang menyediakan rawatan alternatif bagi masalah sakit kulit terutamanya Psoriasis. Cara rawatannya adalah dengan menggunakan Tanah Liat!


Jangan terkejut. Rawatan ini telah terbukti berkesan. Antara faktor utama yang menjadikan rawatan ini efektif adalah kandungan mineral di dalam tanah liat tersebut. Antara kandungan mineral di dalam tanah liat adalah sulfur, magnesium, sodium, potassium dan kalsium. Gabungan mineral ini dapat merawat keadaan kulit kering, berkuping, gatal dan keradangan

Antara tempat popular yang menyediakan rawatan mandian tanah liat ini ialah Dalyan di Turki, Laut Mati di Jordan, Blue Lagoon di Iceland dan Cartagena di Colombia.
Turki


Iceland

Colombia


Selain itu, penggunaan tanah dalam merawat penyakit adalah adalah daripada kaedah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. iaitu merawat penyakit dengan menggunakan tanah dan air.
Jika dirujuk pada tok-tok guru pondok dan ustaz-ustaz yang pakar dalam bidang hadith, memang benar bahawa Nabi saw pernah berubat dengan tanah dan air.

Kaedah ini terbukti sangat berkesan, malah mampu menyelesaikan pelbagai jenis penyakit kulit seperti Eczema, Psoriasis, Gatal-gatal, Kurap, Panau, Kayap, Ruam susu (bayi), Ruam panas, Kudis, Kudis buta, dan lain-lain masalah kulit…

"DARI TANAH KITA DIJADIKAN DAN DARI TANAH JUGA SEGALA PENAWAR TERCIPTA"

Dari Aisyah r.a.d, Berkata: “Sesungguhnya Nabi saw berkata/berjampi bagi penyakit; Bismillah, Ini tanah bumi kami, dengan campuran air liur di kalangan kami, disembuhkan orang yang sakit di kalangan kami, dengan izin Tuhan kami.” (Sohih Bukhari: Kitab Attib; Bil:5745)
Jadi, adakah kita masih tidak yakin bahawa Nabi S.A.W. juga mengaplikasikannya untuk kesihatan kulit dan penyakit kulit?

Perkara ini dihuraikan di dalam kitab Tib Nabawi(Perubatan Rasulullah SAW) karangan Ibnu Qayim:
Dalam Sahih bukhari,Muslim diriwayatkan bahawa Aisyah ra berkata,"Jika seseorg mengadu mengenai kudis (penyakit kulit) atau luka, Rasulullah saw meletakkan jejarinya sambil membaca: maksudnya:”Bisimillah,tanah bumi kami dengan campuran air liur di kalangan kami,disembuhkan orang sakit di kalangan kami dengan izin Tuhan kami.”"

Kata Ibn Qayyim:
"Manusia diciptakan dari Nabi Allah Adam a.s. dan Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah, Maka sebaik-baik penawar untuk segala jenis penyakit kulit juga Insya Allah daripada tanah."
Maka rawatan menggunakan tanah liat dan air ini memang terbukti berkesan baik mengikut cara barat atau cara dianjurkan Sunnah.

Cuma satu penghalangnya, KOS YANG TINGGI untuk pergi ke tempat yang menyediakan kemudahan tersebut.

Jadi disinilah kami bawakan rawatan menggunakan tanah liat ini kepada anda dalam kaedah yang MUDAH dan MURAH yang dinamakan "RUAM BAYI POWDER". Ruam Bayi Powder ini diperbuat dari tanah liat putih halus yang dicampur dengan air galian.


Kelebihan Ruam Bayi Powder ini ialah:
✔ Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi.
✔ Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
✔ Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .
✔ Satu bekas tahan agak lama. Selalunya saya guna beberapa bulan.
✔ Walaupun ia tidak semahal produk-produk lain, Alhamdulillah setiap kali sapu ruam atau penyakit kulit anak-anak kita semakin berkurangan.
✔ Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.
✔ Selamatlah anak-anak anda terutama yang masih bayi, sebab kandungannya dari 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus.
✔ Ruam Bayi Powder ini sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam. Ramai yang cakap berbaloi, murah dan berkesan! Banyak testimoni pelanggan yang sangat berpuas hati. Alhamdulillah!
Cubalah sekarang.
📲 Hubungi Rizal di 012-2207528.
Penghantaran seluruh Malaysia.
RM38 (tidak termasuk kos penghantaran) sahaja untuk sebekas.
+ RM5 COD kawasan KL atau
+ RM6 Poslaju Semenanjung / RM10 Poslaju Sabah & Sarawak
Wallahualam…

Thursday 9 June 2016

5 BULAN DAH TAK PERLU KE HOSPITAL!!!


"Abang dah tak perlu ke Bahagian Kecemasan kat Hospital sejak bulan Januari haritu. Syukur sangat dapat jumpa minyak ni. Kalau tidak, dulu asyik berulang je ke Hospital Ampang tu"
"Dulu, Abang nak tidur baring pun dah tak boleh. Kena duduk dan tunduk tahan kepala di meja sebab susah nak bernafas. Sekarang, siap dah minum air ais pulak..."
"Tapi dia rajin sapu sendiri minyak tu... cuma bahagian belakang akak tolong sapu la.."
Perbualan di atas bukan rekaan ya. Ia perbualan admin dengan Kak Timah semasa menghantar stok Minyak Herba Asma Mujarab untuk kegunaan suaminya serta edaran buat penduduk di kawasan Pandan Indah.
Lepas sembang-sembang dengan Kak Timah, hati ni terasa seronok dan puas bila sedar produk yang dijual betul-betul membawa manfaat kepada pengguna.
Ternyata Minyak Herba Asma Mujarab ini berjaya menjadi asbab kepada ramai penggunanya untuk mengurangkan asma dan batuk. Yang penting istiqamah atau konsisten dalam penggunaannya.
Bukan kanak-kanak sahaja yang mendapat manfaat dari penggunaan minyak ini. Sudah terbukti ia juga berkesan terhadap orang dewasa.
Kongsikan kisah ini dengan sesiapa yang anda rasa perlu dapatkan rawatan asma. Semoga mereka juga mendapat manfaatnya.
Untuk yang memerlukan Minyak Herba Asma Mujarab ini, sila Whatsapp 012-2207528. COD di sekitar KL dan penghantaran Poslaju ke seluruh Malaysia

Wednesday 25 May 2016

MADU LEBAH: MASIHKAH RELEVAN UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN?



Madu memang sudah terkenal sebagai makanan tambahan berkhasiat dan mempunyai keupayaan menyembuhkan pelbagai penyakit.

Manfaat madu ini telah pun disebut di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu lagi:-

“Dan Tuhanmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia (peternakan lebah). Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. [QS. An-Nahl: 68-69]

Sayangnya, dengan perkembangan perubatan moden, khasiat madu telah banyak dilupakan dan lama-kelamaan madu tinggal sebagai pemanis atau penambah perisa makanan/minuman sahaja.



Namun, di alaf baru ini, semacam timbul kesedaran kembali tentang khasiat perubatan alternatif/tradisional/semulajadi/apasajalabelnakbagi..  Salah satu bahan yang mula mendapat semula tempat di kalangan masyarakat sebagai ubat/penawar adalah madu.  Biarlah nak label apa pun, yang pentingnya masyarakat mula mengkaji semula khasiat madu dan menggunakannya untuk manfaat kesihatan dan kecantikan(?)..






Bermacam-macam jenis madu boleh didapati di pasaran sekarang ini. Ada madu tanah tinggi, ada madu ikut jenis bunga, ada yang manis, ada yang terlampau manis... yang penting berhati-hati jangan sampai terkena dengan madu tiruan.  Adat dunia, kalau dah popular, mesti akan ada tiruan.

Sebagai pengakhir bicara, pastikan di ruamah tuan-tuan dan puan-puan sentiasa ada sebotol madu untuk kegunaan harian. Selamat ber..madu.. (bukan madu kahwin ya...)

Tuesday 10 May 2016

Penawar Psoriasis, Ruam Bayi Dan Semua Jenis Penyakit Kulit

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Assalamualaikum w.b.t.
Saya ingin kongsikan pengalaman saya mengidap penyakit kulit yang dinamakan Psoriasis. Sudah lebih 10 tahun saya mengalami penderitaan penyakit ini. Sejak saya berumur 28 tahun.
Sudah bermacam-macam ikhtiar saya cuba, tapi Allah s.w.t. masih belum mengizinkan lagi. Saya terus berdoa pada Allah s.w.t. agar dikurniakan kepada saya penawar bagi penyakit ini. Sungguh saya tidak tahan lagi untuk menanggung penderitaan penyakit kulit Psoriasis ini.
Sudah bermacam-macam ubat saya cuba, kalau nak dikira ubat hospital sudah sehabis usaha saya cuba. Memang tak dinafikan ada ubat hospital yang boleh menahan penyakit kulit Psoriasis ini. Tapi sudah lama saya buat reseach di Google memang setakat ini masih belum ada penawar yang mampu menyembuhkan penyakit ini.

Ubat_Penyakit_Psoriasis
Sekian lama saya menggunakan ubat-ubatan dan krim dari hospital, tapi penyakit kulit Psoriasis ini masih tidak mampu untuk sembuh. Malah kulit saya bertambah teruk dan jangkitan merebak terus ke bahagian kepala. Kerana ubat-ubat hospital yang saya guna ini mempunyai steroid dan akan mendapat kesan sampingan selepas bertahun-tahun digunakan. Kulit makin rosak.!
Alhamdulillah setelah sekian lama berdoa pada Allah, saya berdoa di Makkah, Hijir Ismail dan tepi ka’abah… Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Akhirnya Allah temukan saya dengan seorang hamba Allah dari Nilai, Negeri Sembilan.
Beliau beri pendapat pada saya supaya cuba rawat penyakit ini dengan menggunakan kaedah traditional. Iaitu dengan menggunakan Produk 100% dari tanah liat putih yang telah dicampurkan dengan air galian asli. “Asal Kita Dari Tanah,Ruam Bayi Powder Ini Juga Dari Tanah, Insya Allah akan Serasi” katanya.
Dia yakinkan saya lagi, bahawa kaedah tradisional ini adalah daripada kaedah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Iaitu merawat penyakit dengan menggunakan tanah dan air.
Tanah liat putih yang bermutu tinggi ini adalah tanah liat putih yang terbaik di dunia. Permintaannya tanah liat putih ini mendapat sambutan hingga ke negara Jepun.
Tanah liat putih yang bermutu tinggi ini adalah tanah liat putih yang terbaik di dunia.
Permintaannya telah mendapat sambutan hingga ke negara Jepun dan China. Ia dicampur dengan 100% air galian yang ditapis khusus bagi menjaga kualiti tanah tersebut.
Saya mula-mula masih tidak berapa yakin dengan hadith ini, adakah dia benar-benar soheh atau sebaliknya. Alhamdulillah setelah merujuk pada tok-tok guru pondok dan ustaz-ustaz yang pakar dalam bidang hadith, memang benar bahawa Nabi saw pernah berubat dengan tanah dan air.
Kaedah ini terbukti sangat berkesan, malah mampu menyelesaikan pelbagai jenis penyakit kulit seperti Ekzema, Psoriasis, Gatal-gatal, Kurap, Panau, Kayap, Ruam susu (bayi), Ruam panas, Kudis, Kudis buta, Cacar air , Jerawat, luka dan lain-lain masalah kulit…
DARI TANAH KITA DIJADIKAN DAN DARI TANAH JUGA SEGALA PENAWAR TERCIPTA
Dari Aisyah r.a.d, Berkata“Sesungguhnya Nabi saw berkata/berjampi bagi penyakit; Bismillah, Ini tanah bumi kami, dengan campuran air liur di kalangan kami, disembuhkan orang yang sakit di kalangan kami, dengan izin Tuhan kami.” (Sohih Bukhari: Kitab Attib; Bil:5745)
Jadi, adakah kita masih tidak yakin bahawa Nabi S.A.W. juga mengaplikasikannya untuk kesihatan kulit dan penyakit kulit?
Ruam_Bayi
Kami menggunakan tanah liat putih paling bermutu tunggi di dunia dan air galian semulajadi untuk menghasilkan Ruam Bayi Powder.
Ini fakta yang menyokong ijtihad kami dalam kitab Tib Nabawi(Perubatan Rasulullah SAW) karangan Ibnu Qayim:
Dalam Sahih bukhari,Muslim diriwayatkan bahawa Aisyah ra berkata,”Jika seseorg mengadu mengenai kudis (penyakit kulit) atau luka, Rasulullah saw meletakkan jejarinya sambil membaca: maksudnya:”Bisimillah,tanah bumi kami dengan campuran air liur di kalangan kami,disembuhkan orang sakit di kalangan kami dengan izin Tuhan kami.” Kata Ibn Qayyim:”
Manusia diciptakan dari Nabi Allah Adam a.s. dan Adam pula dijadikan oleh Allah s.w.t dari tanah, Maka sebaik-baik penawar untuk segala jenis penyakit kulit juga Insya Allah daripada tanah.
Sebaiknya kita perlu gunakan air zam-zam atau air mineras yang ditapis bersih.
Sebaiknya kita perlu gunakan air zam-zam atau air mineral yang ditapis bersih.
Allah s.w.t telah berfirman dalam Surah Shad: 71-74
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfiman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia dari tanah. Maka apabila telah Ku sempurnakan kejadiannya dan Ku tiupkan roh(ciptaan) Ku: Hendaklah kamu bersyukur dengan bersujud kepadanya. Lalu seluruh malaikat bersujud, kecuali Iblis. Dia menyombongkan diri dan dia termasuk orang-orang yang kafir
Alhamdulillah cara menyembuhkan penyakit Psoriasis dengan lebih cepat dan selamat, Tidak lain dan tidak bukan hanyalah dengan mengikut apa saja cara Sunnah Rasulullah SAW ajarkan, Iaitu Dengan mengamalkan perubatan tradisional dengan menggunakan tanah dan air.
Tersangat banyak kelebihan menggunakan penawar ini kerana mampu meyembuhkan segala jenis penyakit kulit.
Kanak-kanak ini pernah mengalami eczema yang teruk sehingga merebak ke pergelangan tangan. Alhamdulillah dengan izin Allah adik ini sembuh dengan Ruam Bayi Powder.
Kanak-kanak ini pernah mengalami ekzema yang teruk sehingga merebak ke pergelangan tangan. Alhamdulillah dengan izin Allah adik ini sembuh dengan Ruam Bayi Powder.

Bayi ini juga hampir sembuh keseluruhannya setelah menggunakan Ruam Bayi Powder.
Bayi ini juga hampir sembuh keseluruhannya setelah menggunakan Ruam Bayi Powder.
Nak tahu apa yang best sangat Ruam Bayi Powder ni?
  • Bedak ini dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi.
  • Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran dan toksik yang terdapat pada kulit.
  • Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk dan lembut .
  • Satu bekas tahan agak lama. Selalunya saya guna beberapa bulan.
  • Walaupun ia tidak semahal produk-produk lain, Alhamdulillah setiap kali sapu ruam atau penyakit kulit anak-anak kita semakin berkurangan.
  • Bebas Paraben dan juga bahan-bahan kimia berbahaya.
  • Selamatlah anak-anak anda terutama yang masih bayi, sebab kandungannya dari 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih dan air galian yang telah ditapis secara khusus.
  • Ruam Bayi Powder ini sememangnya sangat menjadi pilihan ibubapa untuk bayi mereka terutama masalah berkaitan ruam. Ramai yang cakap berbaloi, murah dan berkesan! Banyak testimoni pelanggan yang sangat berpuas hati. Alhamdulillah!
100% semulajadi serta sunnah nabi S.A.W. Ini kerana ia salah satu cara Nabi SAW mengubati penyakit kulit seperti yang terdapat di dalam Hadith Sohih di atas yang membuktikan Nabi S.A.W. menggunakan tanah liat mengubati penyakit kulit dan lain-lain penyakit.
Penawar_Ruam_Bayi
Alhamdulillah Tanah Liat Ruam Bayi Powder Ini Sudah Siap Diproses Di Dalam Bekas Yang Cantik.
Sementara stok masih ada, cubalah sekarang. boleh Hubungi Rizal di 012-2207528. Penghantaran seluruh Malaysia.  Hanya RM38 sahaja untuk sebekas. Wallahuaklam…
Testimoni_Psoriasis_Ruam_Bayi_Powder
Selepas 2 Hari Menggunakan Ruam Bayi Powder, Alhamdulillah Kulit Psoriasis Semakin Nipis.