Tuesday 16 August 2016

Tips Rawat Batuk Berpanjangan.

Batuk memang membuatkan kita tak selesa.  Kena pula kalau sampai mengganggu aktiviti harian.  

Mak bapak mana pun mesti risau bila anak-anak dah batuk lama berminggu-minggu.  Macam-macam ubat dan rawatan dicuba.  Tapi anak masih lagi batuk. Bila bernafas, dengar bunyi kahak pekat. Bergelodak bunyi pada tekak dan dada.  

Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, tentunya ramai yang mendapatkan rawatan di klinik dan memberi.  Tahniah! Anda telah menjalankan tanggungjawab anda.

Namun jika masalah batuk dan kahak masih belum selesai, jangan dibiarkan saja.  Kena pula anak tersebut menghidap asma, kahak yang banyak boleh membawa kepada kecilnya ruang salur pernafasan, dan boleh menyebabkan serangan asma.

Oleh itu, jika masalah kahak dan batuk belum selesai, apa kata cuba tips-tips di bawah ini untuk merawat batuk dan asma secara tradisional.



1. Wap Air Panas (Stim)

Jangan pula sapu air panas tu!!! Cuma perlu hidu stimnya saja.  Hidu stim tu selama 10 minit atau bernafas di dalam stim selama tempoh tersebut.  

Kalau ada alat pembuat stim macam dalam gambar di atas, mudah sikit.  Tidak pun, bila mandi air panas di dalam bilik air tu, kan ada stim... haaaa... biarkan anak di dalam selama 10 minit, tentunya dia bernafas dalam tu kan.  Bilik sauna pun bagus juga.. tapi bukan Portable Sauna yang cuma tutup badan dan kaki tapi kepala tersembul keluar tu.

Andai tidak ada semua tu, masak air sehingga mendidih. Bila dah mendidih, tutup api dan pindahkan ke dalam bekas besar seperti timba atau besen.  Kemudian biar anak hidu stim tu untuk 10 minit. 
PEGANG ANAK BETUL-BETUL!!!  Tak nak pula tersepak atau tertepis bekas air panas tu.. Kena berhati-hati ya..



2. Chest Percussion (Tepuk-tepuk dada)

Aktiviti ini bertujuan untuk menanggalkan kahak atau mukus yang melekat di saluran pernafasan. Bila dah tanggal baru senang nak dikeluarkan melalui batuk, muntah atau telan masuk perut.  

Lagi baik jika Chest percussion ni dibuat selepas anak guna Nebulliser atau lepas hidu stim tadi. Sebab pada waktu ini, kahak lebih lembut/cair, jadi lebih mudah tanggal, longkah atau lekang.  Tepuk dada bahagian belakang, depan dan rusuk lebih kurang 30 saat ke seminit untuk setiap bahagian. 

Nak tepuk tu pun ada seni, pastikan tangan anda seperti gambar di bawah.  Jangan leper je waktu menepuk tu.. dah jadi macam menampar pulak..  Sian budak tu.. nak baik batuk, silap teknik jadi cam kena dera pulak.


3.  Sapu Minyak Herba Asma Mujarab Original.

Haaa... ni antara yang paling mudah.  Hanya perlu sapu minyak pada bahagian dada (depan, belakang, kiri dan kanan) serta bahagian tengkok/leher.  Amalkan sapu selepas mandi dan sebelum tidur.  

Kesannya, kahak lebih cair atau lembut.  Jadi mudah dikeluarkan melalui batuk, muntah atau ditelan dan keluar ikut nombor 2....

Selain tu, dada pun terasa lapang bila minyak herba asma ni disapu.  Anak-anak nak tidur pun senang.



Jadi, cubalah mana cara yang sesuai untuk anda....





No comments:

Post a Comment