Wednesday 20 April 2016

KHASIAT KUNYIT

Kunyit telah sekian lama menjadi pelengkap jika tidak sebagai rempah ratus utama dalam masakan kita.  Hampir setiap rumah pasti mempunyai serbuk kunyit di dapur, digunakan sebagai salutan bersama garam untuk lauk bergoreng.  Manakala, khusus untuk penduduk Negeri Sembilan, kunyit merupakan rempah/herba utama digunakan dalam masakan harian mereka iaitu masak lemak kuning.

Namun pernahkah kita terfikir di sebalik kebiasaan tersebut, ia sebenarnya membawa banyak manfaat dari segi kesihatan untuk kita semua? Andai kita tahu, mungkin selepas ini, makin ramai yang akan memastikan kunyit menjadi bahan wajib untuk digunakan didalam masakan setiap hari.

Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma Longa adalah sejenis tumbuhan di dalam keluarga halia. Bahagian yang kita namakan kunyit itu adalah akar tumbuhan tersebut.  Akar tersebut berwarna oren kekuningan di bahagian dalamnya dan inilah yang memberi warna kuning atau oren kepada masakan kita.

Khasiat utama kunyit ini datangnya dari bahan aktif di dalamnya yang bernama curcumin.  Walaupun kandungannya sedikit, iaitu cuma 3% dari berat kunyit, curcumin inilah yang mengandungi pelbagai khasiat kesihatan, antaranya:


1. Anti-Radang / Anti-Bengkak yang amat berkesan

Kehebatan kunyit dalam menghalang atau mengurangkan keradangan adalah setanding dengan ubatan moden yang mengandungi steroid.  Kelebihannya pula ialah ia tidak membawa kesan sampingan negatif seperti ulcer serta pendarahan intestin.






2. Anti-Oksida semula jadi

Proses metabolisme di dalam badan kita menghasilkan radikal bebas.  Andai berlebihan, ia akan membuka ruang untuk pelbagai jenis penyakit bertapak di dalam badan kita.  Dengan memakan kunyit, anti-oksidannya dapat membunuh radikal bebas ini.





3. Antiseptik

Kunyit atau serbuk kunyit boleh digunakan untuk merawat luka-luka kecil serta jerawat  Seeloknya hancurkan kunyit tersebut dan disapukan pada luka atau jerawat.  Ia memberi perlindungan daripada bakteria, membolehkan kulit melalui proses penyembuhan tanpa jangkitan kuman.

Banyak lagi faedah kesihatan dari kunyit.  Antara lain ialah meningkatkan fungsi otak dan memori, melawan kanser, serta membantu rawatan pesakit jantung.

Cuma perlu berhati-hati pada satu perkara ini.  Kekuatan warnanya kunyit akan menyebabkan tangan anda berwarna kuning dan ia mengambil masa yang lama untuk hilang.

Begitulah serba sedikit mengenai kunyit.  Semoga semua memperoleh ilmu berfaedah dari kami di Alam Merawat.

Monday 18 April 2016

MAJUN BUASIR PALING MASYHUR DARI KELANTAN

Produk Majun ini adalah amalan tradisi orang-orang Kelantan sejak 20 tahun yang lalu. Majun ini ternyata berkesan hingga mampu menyembuhkan penyakit buasir yang kronik (berdarah). Kandungan Majun ini 100% daripada akar-akar kayu terpilih dan dijamin halal.

Dahulu ianya dijual di kedai-kedai kecil dan juga dari rumah ke rumah di daerah-daerah dalam negeri Kelantan sahaja.

Saya sendiri mulanya tidak berapa tahu mengenai Majun ini.  Memandangkan saya menggunakan dan mengedarkan penawar gout orang asli dari pengedar yang sama, saya turut menjadi pengedar Majun buasir ini di kawasan Kuala Lumpur. 

Terus terang saya katakan saya tak menyangka sambutan yang menggalakkan untuk Makjun ini.  Ramai yang mencari Majun ini setelah mereka mendengar tentang keberkesanannya.  Alhamdulillah dan Insya Allah selepas menggunakan Majun ini, Anda tidak perlu ke Hospital untuk membuat pembedahan Buasir. Ramai yang telah menggunakannya amat berpuashati dengan dan telah sembuh dari simptom buasir. 

Apa pun saya tak pandai nak menceritakan bahawa ubat ini lebih berkesan daripada Majun atau ubat-ubat yang lain. Tapi hakikatnya ubat ini memang berkesan. Sama juga seperi Penawar Resdung yang saya ceritakan dulu. Mula-mula saya ceritakan kelebihan dan keberkesanan ubat ini, ramai juga hamba-hamba Allah yang mengkiritik tanpa mencubanya terlebih dahulu.

Tapi Alhamdulillah selepas daripada itu ubat resdung yang saya cadangkan itu mendapat sambutan daripada ribuan pengguna di seluruh Malaysia. Dan tiada seorang pun pengguna yang melemparkan kritikan yang negatif. Malah hingga saat ini masih ramai yang membelinya. Alhamdulillah!

Lihat Simptom-simptom penyakit buasir ;
  1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.
  2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.
  3. Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.
  4. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.
  5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
  6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.



Penyakit buasir ni atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :

Buasir dalam. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple.

Buasir luar. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.

Jangan biarkan buasir anda menjadi semakin parah sehingga anda terpaksa membuat pembedahan di hospital. 

MAJUN INI SANGAT TERHAD!!! SILA DAPATKAN SEGERA Majun ini dengan harga yang sangat berpatutan. Hubungi Rizal di 012-2207528 sekarang.

Saturday 9 April 2016

APA SEBENARNYA GOUT?

Sekarang ni makin kerap berjumpa dan dengar pasal orang kena sakit gout.  Dulu-dulu jarang dengar. Mula-mula dengar gout dulu pun tak tau satu apa pun pasal gout ni.  Yang tau orang asyik kata gout ni sakit orang kaya.  Untung la kalau betul.. hehehe.

Gout atau Gouthritis ini sebenarnya satu masalah metabolisma di mana proses metabolisma tubuh gagal berfungsi dengan baik untuk memproses asid urik dan menyahkannya dari tubuh badan melalui proses perkumuhan.




Akibatnya, urik asid yang berlebihan di dalam badan akan terkumpul di tempat-tempat tertentu, biasanya sendi-sendi di kaki, lutut dan tangan.  Ada juga keadaan yang asid ini berkumpul di belakang cuping telinga.  Apabila telah tepu, asid urik ini akan bertukar menjadi kristal berbentuk jarum.  Haa.... itu yang menyebabkan sakit tu.  Ini sesuai dengan perumpaan Melayu "Bagai Duri Dalam Daging"...  Bayangkan beribu-ribu jarum di dalam sendi dan daging mencucuk-cucuk sepanjang masa.  Sebarang pergerakan akan menyebabkan rasa sakit.  Kena angin pun boleh sakit tau, belum kena kain atau kena orang.



Ada orang yang hanya mengalami serangan gout akut sekali dua sepanjang hidupnya.  Namun bagi yang menghidap gout, kegagalan metabolisma asid urik itu adalah berkekalan dan serangan akut akan selalu terjadi dan berpanjangan.  Mengikut peubatan moden, keadaan ini tidak boleh dipulihkan, tapi boleh dikawal melalui ubat-ubatan dan diet yang bersesuaian. Hampir sama dengan keadaan darah tinggi dan diabetes, perlu bergantung pada ubat seumur hidup.

Setakat ini, saya belum berjumpa dengan ubat tradisional atau moden yang dapat memulihkan terus keadaan gout ini.  Kebanyakkannya hanyalah mengawal kandungan urik asid di dalam badan atau mengeluarkan urik asid dan kristal.  Selepas satu tempoh, jika seseorang itu memang mempunyai Masalah metabolisma asid urik, serangan gout tersebut akan kembali jika langkah perubatan dan pencegahan tidak diambil.  Ini kerana asid urik akan berkumpul semula, lalu menjadi tepu dan membentuk semula jarum-jarum halus tadi.  Maka kena balik gout.

Oleh itu, pengidap gout tidak dapat tidak, perlu mengambil ubat moden atau tradisional atau membuat rawatan untuk membuang asid urik yang terkumpul di dalam badan.  Selain itu diet yang bersesuaian perlu diamalkan agar kandungan urik asid di dalam badan dapat dikawal.

Untuk yang berjaya mengawal gout dengan ubatan moden, tahniah diucapkan kerana anda telah dapat menyelesaikan satu masalah utama dalam hidup anda.  Bagi yang belum dapat penawar yang serasi, bolehlah cuba pelbagai jenis rawatan serta ubaan tradisional.  Dari segi rawatan ada kaedah berbekam, penggunaan lintah, akupuntur dan lain-lain.  Ubatan tradisional juga terdiri dari pelbagai jenis.   

Berdasarkan beberapa kaedah rawatan dan ubatan yang telah saya ikhtiarkan, setakat ini yang paling berkesan ialah Penawar Gout Orang Asli.  Sejak mengamalkannya selama hampir 9 bulan, saya kini boleh makan boleh kata apa sahaja, asalkan tidak melampau-lampau.  Keadaan gout saya juga terkawal dan jarang sekali saya kena serangan gout akut.  Dalam tempoh tersebut, saya baru mengalami 3 episod serangan gout akut yang hanya mengambil 2-3 hari untuk surut. Dalam tempoh tersebut, kesakitan mencucuk-cucuk seperti sebelum ini tidak ada lagi. Yang seronoknya, sekarang saya sudah boleh aktif bermain dengan anak-anak selalu serta saya sudah boleh aktif berbasikal semula.   Solat juga tidak perlu lagi duduk dikerusi sahaja. Sudah boleh melakukan pergerakan solat macam orang lain.

Jika anda atau anda tahu sesiapa yang masih tercari-cari penawar bagi pengawalan gout yang berkesan sila telefon atau Whatsapp saya di 012-2207528 bagi mendapatkan maklumat kanjut mengenai Penawar Gout Orang Asli ini.




Saturday 2 April 2016

KURANG AIR BOLEH KENA GOUT?!


AIR SEBAGAI PERAWAT SEMULAJADI

Masih ramai lagi yang bila dinasihatkan untuk lebihkan meminum air kosong/ air putih/ air mati/ air masak/ air mineral, ada yang komen,
"Eleh... air kosong je kut, ape kelas minum air kosong.. kurang-kurang sirap la."

Itu yang silapnya. Sebenarnya, air kosong tu la yang paling banyak manfaatnya pada tubuh kita. Badan kita keseluruhannya terdiri daripada >65% air, manakala otak kita saja ada 75% air. Ternyata air memang penting untuk badan kita beroperasi sengan baik. Sirap dengan kopi memang masuk kategori air jugak. Cuma, ada pulak tambahan gula, tak pasal-pasal pulak nanti kena periksa untuk diabetes.








Merujuk pada gambar-gambar disini, kita boleh lihat secara sepintas lalu kebaikan air kosong untuk kita. Rajin-rajinkan diri tengok gambar tu dan amalkan sebanyak yang boleh yee..








Air mempunyai pelbagai fungsi di dalam tubuh kita seperti dalam gambar rajah di sebelah.  Semua proses utama di dalam badan kita memerlukan air untuk berjalan dengan sempurna.











Satu lagi yang amat penting untuk mereka yang mengidap Gout. Elakkan dari badan anda kekurangan air. Bila badan kekurangan air, sistem perkumuhan badan akan terganggu.  Maka ia akan menganggu proses pembuangan asid urik dari dalam badan.  Maka ia akan banyak berkumpul dalam badan sampai tepu dan terjadilah kristal asid uric.  Haaa... itu jam baru la "ADOI!!!!" 

Jadi, ingat nak sihat, ingat air.  Sambil tu standby Penawar Gout Orang Asli untuk bila kena serangan gout. 
Whatsapp "Taknak Gout " ke 012-2207528 sekarang!
Whatsapp "Taknak Gout " ke 012-2207528 sekarang!
Whatsapp "Taknak Gout " ke 012-2207528 sekarang!