Friday 18 May 2018

CARA CEPAT HILANGKAN JERAWAT. KESAN SEPANTAS 3 HARI!




“Hehehe.. ada orang cakap macam mana jerawat kau dah hilang? Masuk ke dalam ke semuanya?”

“Bukan setakat jerawat saja hilang, muka pun dah kurang berminyak. Seharian tak terasa melekit kulit berminyak.”

Itulah penangan sabun arang anti jerawat Activated Charcoal & Tea Tree Oil dari Beauteous. Nak senang boleh sebut sabun ACTTO saja.

Hanya perlu gunakan saja ketika mandi dua kali sehari. Jimat masa, tak perlu masa tambahan untuk bersihkan muka semata-mata.
Buih halus bersama activated charcoal menyerap minyak berlebihan pada kulit.

Nak guna satu badan pun lagi baik. Dengan jerawat badan sekali hilang.

Kulit maintain lembap, tak kering macam kalau guna ubat khas untuk jerawat.

Sabun arang ACTTO dirumuskan dengan diadun menggunakan bahan mentah asli seperti minyak zaitun extra virgin, minyak kelapa yang kemudian dicampurkan activated charcoal (debu arang aktif serta essential oil Tea Tree.

Antara kebaikan sabun arang ACTTO dari Beauteous:
- debu arang aktif menyerap minyak berlebihan serta toksin yang berada di kulit.
- debu arang aktif yang amat halus ini juga bertindak seperti scrub untuk menanggalkan sel kulit mati, kotoran serta daki
- Tea Tree essential oil bersifat anti bakteria. Ia membanteras kuman dan bakteria.

Tiada minyak berlebihan, tiada kotoran terkumpul, kuman dan bakteria dibanteras. Jawabnya, JERAWAT PUN TIADA.

Kesan positif yang lain:

- Kelembapan kulit dikekalkan hasil dari minyak zaitun dan minyak kelapa tersebut
- kulit menjadi lebih anjal
- kurang pendedahan kepada bahan kimia merbahaya. Sabun Beauteous tidak menggunakan SLS, paraben atau bahan petrokimia yang lain. #nosls #noparaben

“Lepas guna 1-2 bulan, jerawat pun dah tak banyak keluar waktu nak period.”



RAYA TAK LAMA LAGI. Inilah masanya yang sesuai untuk mula ambil tindakan untuk hilangkan jerawat.

Ada TAWARAN MENARIK buat anda yang bersungguh nak hilangkan jerawat cepat-cepat.

Jangan berlengah lagi, klik terus pada link di bawah


Friday 4 May 2018

9 TIPS MUDAH UNTUK RAWAT DAN CEGAH JERAWAT. YANG NO. 8, RAMAI TAK PERASAN.


Walaupun nampak biasa-biasa, tapi ramai yang tak perasan rutin harian kita yang menjadi antara penyumbang pada jerawat.


Walaupun keadaan kulit berjerawat ada masanya tidak dapat dielak akibat berpunca dari perubahan hormon dalam badan, tips yang dicadangkan di bawah ini boleh membantu mengurangkannya.

Berikut adalah cara mudah untuk dicuba dan diamalkan untuk mengatasi jerawat.


1. Pastikan kebersihan muka dijaga.



Tidak kira sama ada anda mempunyai masalah jerawat atau tidak, sebaiknya muka dibasuh 2 kali sehari untuk singkirkan segala kotoran, sel kulit mati dan minyak berlebihan yang terkumpul di permukaan kulit. Gunakan air bersuhu suam-suam kuku dengan pembersih muka yang lembut.

Jika kulit sedang berjerawat, elak dari mengunakan kain atau span yang kasar semasa membasuh muka. Dan pastikan selepas dibilas, keringkan muka dengan tuala bersih. Cuma tekap saja tuala tadi pada kulit muka, tanpa mengesat. Biasakan guna tuala yang telah dibasuh dan kering setiap kali mengeringkan muka. Elakkan mengulang guna tuala yang belum dibasuh atau lembap, kerana ia adalah tempat kesukaan bakteria.

2. Jaga kelembapan kulit.  


Kebanyakan produk melawan jerawat berfungsi dengan baik untuk mengecutkan jerawat dengan cepat.  Sayangnya kebanyakannya menyebakan kulit menjadi semakin kering. Ini akan menyebabkan kelenjar sebaceous menghasilkan lebih minyak. Lebih banyak minyak, makin banyak jerawat! Pastikan anda guna produk pelembap kulit yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.

3. Berpada-pada menggunakan make up.



Terutamanya semasa breakout, elakkan dari mengguna foundation, powder atau blusher. Jika perlu juga, pastikan muka dibersihkan dari make up pada penghujung hari. Sebaiknya, pilih make up yang bebas minyak serta tidak mengandungi bahan kimia yang kuat. 

4. Tengok balik produk penjagaan rambut yang digunakan. 


Cuba elakkan produk yang mengandungi pewangi, minyak atau gel. Bahan-bahan ini mungkin meleleh turun ke muka dan menutup liang roma kulit muka. Rambut yang berminyak juga menyumbang kepada jerawat. Minyak pada rambut boleh turun ke muka dan menutup liang roma juga. Pastikan rambut selalu dibasuh. Jika rambut panjang, elakkan dari rambut selalu terkena kulit muka. 

5. Jauhkan tangan dari muka. 


Kalau tak perlu, tak payah letak tangan di muka. Jari jemari kita ni selalu saja ada kuman dan bakteria. Lagi kerap jari kena kulit muka, lagi banyak bakteria yang boleh sebabkan jerawat berpindah ke kulit muka. Lagi satu, bila jari dah dekat muka, kecenderungan nak picit jerawat  makin tinggi. Nanti lagi banyak parut.

6. Kulit juga perlukan makanan sihat.




Letak jauh-jauh makanan yang berminyak dan jajan. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Lobak merah antara sayur yang terbaik untuk merawat dan mencegah jerawat kerana ia mempunyai kandungan Vitamin A dan anti-oksidan dari jenis carotenoids yang tinggi berbanding sayuran lain. Kedua-dua khasiat ini amat efektif dalam merawat dan mengelak jerawat.

7. Riadah


Bersukan, riadah atau bersenam tak dapat dinafikan amat baik untuk tubuh badan secara keseluruhan, termasuk kulit.  Bersenam, menggalakkan peredaran darah yang sihat. Ini membantu menyalurkan oksigen dan anti-oksidan ke sel-sel kulit yang memerlukan rawatan dan juga menggalakkan pertumbuhan sel baru yang sihat.

8. Sterilkan telefon!


Langkah ini ramai yang tak biasa buat. Telefon kita terutamanya telefon pintar adalah antara tempat yang banyak kuman. Dalam poket, atas meja makan, dalam beg, merata-rata tempat kita letak telefon. Selain itu, banyak juga tangan-tangan lain yang menyentuh skrin telefon kita. Segala kuman dan bakteria yang berada pada skrin akan berpindah pula ke muka kita semasa kita bercakap dalam talian. 

Jadi, pastikan kita selalu mensteril telefon dengan menggunakan cecair pembasmi kuman. Tak perlulah dibasuh pula, nanti baru betul jadi “telefon masuk air” pula.



 9. Rileks Brader, Rileks. 




Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan stress sebagai salah satu punca jerawat. Andai terasa stress, cari punca stress tersebut dan cuba selesaikannya. Dapatkan bantuan jika perlu.


Semoga 9 langkah mudah di atas dapat membantu anda dalam merawat dan mengawal jerawat. Andai anda rasa artikel ni boleh bantu orang lain dalam merawat dan mencegah jerawat, tolong klik butang “Share” / ”Kongsi” agar ramai lagi boleh mendapat manfaatnya.





Thursday 21 December 2017

INI CARA NAK KURANGKAN LENGUH, TEGANG OTOT ATAU SENGAL, TANPA UBAT ATAU MINYAK


Cara ni dah lama digunakan oleh mak bidan untuk kendurkan balik segala urat-urat dan otot yang tegang pada ibu-ibu lepas bersalin.

Proses melahirkan anak sebenarnya merupakan aktiviti fizikal yang amat memerlukan tenaga dan kekuatan  si ibu.  Meneran tu ala-ala lebih kurang macam nak buat deadlift juga tu. Habis semua urat dan otot tegang selama beberapa minit secara berterusan. 

Antara cara yang mudah untuk mengendurkan balik urat dan otot tu ialah dengan menggunakan tungku. Tuaman tungku yang suam-suam panas dapat bantu melancarkan peredaran darah serta melembutkan urat dan otot yang tegang.

Selain ibu dalam berpantang, siapa lagi yang boleh bertungku?

Kalau ada sengal-sengal badan atau ada rasa badan keras satu macam sampai nak bergerak pun jadi macam robot, memang sesuai gunakan tungku.

Macam mana nak bertungku ni?.
Adakah anda terbayang batu sungai atau lesung batu yang dipanaskan dan dibalut kain, kemudian dituam pada bahagian badan yang sengal-sengal?
Itu cara dulu. Masa tu senang nak turun sungai kutip batu dalam saiz yang sesuai. Sekarang mana nak dapat kalau duduk tengah-tenga bandar ni.  Habis tu macam mana nak buat tungku?

Tak perlu cari batu dah. Meh kami tunjuk cara nak buat tungku yang asas, senang nak dibuat serta digunakan. Akak tukang urut yang ajar tadi ni, bukan memandai-mandai punya ya.
.
Bahan-bahan yang diperlukan:
.
Segenggam garam bukit
Sedikit lada hitam
Tuala atau kain kecil
Getah



Campurkan segenggam garam bukit dengan lada hitam lebih kurang sesudu besar di dalam periuk atau kuali. Tak payah nak gaul bagai. Bukan boleh sebati pun.

Sediakan tuala kecil siap-siap. Semua ni berlaku dengan pantas, jadi kena siap dah sebelum proses seterusnya. Pastikan tuala tu bersih. Jangan pula tuala yang baru lepas guna lap hingus budak tu.



Nyalakan api dapur dan panaskan garam bukit serta lada hitam tadi. Biarkan selama 1-2 minit sambil ditampi-tampi periuk kecil tu. Kalau tak nak periuk non-stick kau rosak, sila guna periuk/kuali besi atau aluminium saja.
Bila dah panas dan bau lada tu pun dah mula naik, tuangkan semuanya bahan yang dipanaskan tadi ke bahagian tengah tuala yang siap terbentang. Bau naik tu bukan apa, kiranya panas dah cukup lah.. bukan untuk tumiskan pulak.



Kemudian kau buat macam dalam gambar tu. Simpulkan tuala tadi supaya kandungan garam bukit dan lada hitam tak tumpah dan ada tempat untuk dipegang.
Boleh mula menuam pada tempat yang sakit atau sengal. Mula-mula tu macam sentuh-sentuhkan saja, panas kut. Mau melecur kalau tuam lama-lama. Bila dah mula rasa suam, baru boleh tuam lama-lama pada tempat yang sakit/sengal.

*Kalau kau yang sengal, pepandai la nak tuam kat mana. Abang tak campur

Selamat Mencuba.


ANAKKU TIDAK LAGI BERBUNYI NAFASNYA ..…



SETIAP MALAM, SI IBU MELIHAT ANAK TIDUR. NAFAS ANAK BERBUNYI KUAT. BUKAN DENGKUR, TETAPI WHEEZING DAN SESAK NAFAS. IBU MANA YANG TIDAK RISAU? ITU ADALAH ANTARA TANDA ANAK MENGHIDAPI ASMA, SEMPUT ATAU LELAH.

Tahu tak, terdapat lebih dari 235 JUTA ORANG di seluruh dunia yang menghidapi asma? Asma juga adalah antara PENYAKIT KRONIK UTAMA di kalangan KANAK-KANAK.

Antara kesan serangan asma atau keadaan asma yang tidak terkawal kepada anak-anak adalah:

1. TIDUR TERGANGGU. Badan tidak dapat rehat secukupnya, seperti mana yang diperlukan oleh anak-anak yang dalam proses membesar. Selain tu, pasti merisaukan bila anak sering batuk dan sesak nafas. Terutamanya semasa tidur.
2. PEMBELAJARAN TERJEJAS akibat mengantuk dan tidak cukup rehat.
3. KEADAAN FIZIKAL YANG LEMAH berbanding kanak-kanak lain seusianya akibat kurang aktiviti fizikal.
4. TIDAK DAPAT MELAKUKAN RIADAH / SUKAN atau menyertai aktiviti luar bersama rakan-rakan sekolah.
5. KURANG KEYAKINAN DIRI akibat kurang bergaul dengan rakan sebaya.

Sudah pastinya sebagai ibu bapa, kita telah melakukan sehabis baik dalam menangani masalah asma anak, seperti mengenal pasti dan mengelakkan punca serangan asma, memberi ubat pencegahan serta menyediakan ubat untuk serangan asma.

Namun, ada yang keadaan asma, semput dan lelah anak ni tidak juga beransur baik. Setiap bulan ada je lawatan rasmi ke bahagian Kecemasan di hospital untuk mendapatkan rawatan akibat serangan asma. Buntu juga kan?

Pastinya anda NAK TAU SATU CARA yang telah digunakan turun temurun di Malaysia, dan kini juga telah mula digunakan di UNITED KINGDOM dan EROPAH dalam usaha menangani masalah ini.

“Saya guna pada anak sebab waktu tidur, nafas dia selalu bunyi, macam wheezing. Alhamdulillah, sekarang dah takde wheezing. Saya akan terus guna minyak ni sebab dah makin nampak improvementnya.”
– Puan Sha, Pulau Pinang.

“Hari tu baby masuk wad sebab banyak kahaknya sampai dah ada jangkitan paru-paru. Bernafas pun susah. Saya teruskan sapu minyak ni. Sekarang memang dah nampak banyak berkurang. Haritu ada lagi setengah botol. Anak tersepak pulak. Tu yang beli lagi ni sebab nak sambung guna alang-alang dah nampak perubahan positif ni. Nnnti kalau ada yang bertanya, saya rekomen minyak ni.”
– Encik Faruk, Ampang.



“Sejak guna minyak ni, suami akak dah boleh tidur baring. Dulu memang tidur duduk saja, dahi bertongkatkan meja sebab sesak nafas. Sebulan mesti sekali pergi hospital ambil GAS. Sekarang tak payah dah.” – Acik Timah, Pandan.

Bukan anak-anak saja yang boleh guna minyak ni. Yang dah berumur pun boleh. Dan kesannya memang positif. Kalau tidak, takkan omputih kat UK dan Europe pun nak guna kan??









MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ORIGINAL ni amat sesuai digunakan untuk atasi masalah ASMA, SEMPUT & LELAH serta BATUK. Kahak akan lebih cair dan mudah dikeluarkan serta saluran pernafasan akan terasa luas.

Tak mahal pun. Cuma RM39 je sebotol. Tambah poslaju RM8 Semenanjung/ RM12 Sabah & Sarawak. Kalau dalam KL boleh COD, caj baru RM5.

Nak guna pun senang je. Cuma sapu keliling dada dan pangkal tengkuk 2 kali sehari. Settle. Bila dah makin ok, tak perlu pun sapu hari-hari. Cukup 2-3 kali seminggu atau bila perlu saja.




Mesti happy kan, dengan harga serendah tu, dan semudah itu cara penggunaannya:

Anak dapat TIDUR YANG CUKUP tanpa terbangun malam lagi sebab sesak nafas,
KUALITI REHAT DAN TIDUR YANG BAIK, untuk anak yang ada asma dan juga ibu bapa sendiri,
Anak boleh join kawan MAIN RAMAI-RAMAI
Anak TIDAK TERLALU SENSITIF PADA PENCETUS ASMA di persekitarannya lagi.
Ibu abah DAH TAK PERLU RISAU SEPANJANG MASA, sebab anak dah jarang kena semput.



Yang penting, dapatkan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB yang ORIGINAL. Maklumla, bila dah berkesan dan popular, mula la orang tiru dan tiruvasi sampai dah ada berapa jenis tiruan dalam pasaran. Untuk faktor pengenalan, keselamatan dan untuk mudahkan anda, ada QR code untuk scan di belakang botol. Kalau tak ada, atau bila scan keluar “error” tu, tiruan la. Ada beberapa ciri lain lagi. Boleh hubungi kami untuk ketahuinya dengan lebih kanjut.



Jangan berlengah lagi, order dari kami sekarang untuk dapatkan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ORIGINAL dan atasi masalah asma, semput, lelah dan batuk.

Klik link di bawah untuk pesanan dan pertanyaan.⤵️⤵

www.wasap.my/60122207528/mhamori
www.wasap.my/60122207528/mhamori
www.wasap.my/60122207528/mhamori


Saturday 25 November 2017

LEGAKAN BATUK DAN ASMA DENGAN PANTAS MENGGUNAKAN FORMULA YANG TELAH DIHASILKAN SEJAK BERPULUH TAHUN TAHUN LAMANYA.


TELAH TERBUKTI BERKESAN UNTUK SEMUA PERINGKAT USIA. BERJUTA PENGGUNA DARI DALAM MALAYSIA SEHINGGA KE UNITED KINGDOM DAN EROPAH DAH BERPUAS HATI MENGGUNAKANNYA.



Kesannya boleh dirasakan sepantas satu malam. Batuk yang berkahak pekat mula reda setelah penggunaannya.  Sakit asma yang dah bertahun ditanggung pun mula beransur pulih sehingga jarang diserang asma dah! Penawar Asma dan penawar batuk ini memang mujarab.

Bayangkan betapa nikmatnya bila anda mula boleh tidur baring dengan nyenyak sepanjang malam. Selama ini tidur pun perlu duduk dikerusi dan kepala di tahan di meja kerana sesak nafas semasa tidur. Atau pun tidur perlu beralaskan bantal yang banyak supaya kepala dan dada berada lebih tinggi supaya tidak sesak nafas sewaktu tidur.  Hilang satu kenikmatan di situ.



Anak-anak kecil yang batuk tak berhenti-henti, tambahan pula dengan bunyi kahak yang pekat, risau dibuatnya mak bapak.  Nak bagi ubat tak boleh sebab kecil lagi, asyik nak kena ke hospital atau klinik untuk ambil rawatan gas nebulliser.  Kalau sekali dua, boleh tahan lagi, kalau sampai dah 4-5 kali baru nak reda batuknya, aduhh.. jenuh tu.

Selain boleh cepat redakan batuk dan asma, penggunaan Minyak Herba Asma Mujarab Original ini juga mampu MENJIMATKAN WANG anda.  Macam mana pula tu?

Ok, andaikan yang biasa perlu ke hospital atau klinik untuk buat rawatan Nebulliser. Setiap kali pergi berapa kosnya pada anda? Kita buat kira-kira simple sikit ya.

Pengangkutan – RM15
Bayaran Ubat dan Rawatan < RM100
Makan dan minum sambil menunggu  - RM10

Sekali pergi buat rawatan nebulliser mau habis lebih RM120.  Baiklah, kalau syarikat tempat anda bekerja yang bayarkan, syukur Alhamdulillah. Kalau tidak, berpeluh juga nak membayar. Itu baru sekali, kalau kena buat 3-4 kali. Rawatan di hospital Kerajaan mungkin murah, tapi nak menunggu giliran punya la lama.

Kami tidak mengatakan tidak perlu buat rawatan tersebut. Sila dapatkannya bila perlu.  Namun apa yang dicadangkan, ialah dengan menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab ORIGINAL ini, tak mahal pun, cuma RM39 (tak termasuk pos) sebotol, kebarangkalian anda perlu pergi untuk mendapatkan rawatan nebulliser akan banyak berkurang.  Malahan mungkin tidak perlu lagi.  Apa-apa pun jika terasa sesak nafas, dan untuk dapatkan kepastian, anda dinasihatkan untuk dapatkan pandangan pakar perubatan.

"Suami akak dulu tidur pun tak boleh baring dik. Kena duduk atas kerusi dan tahan kepala di atas meja. Kalau baring aja sesak nafas. Dah tu sebulan sekali mesti ada kena masuk emergency sebab kena semput teruk. Alhamdulillah, sejak amalkan minyak ni mula setahun lebih dulu, dah tak pernah ke emergency. Tidur pun dah boleh baring." Makcik Timah - Pandan.

Suami makcik ni masih buat rawatan susulan di hospital. Cuma kebergantungannya pada ubat untuk asma telah dapat dikurangkan. Dan yang paling penting, KUALITI HIDUPNYA SEMAKIN BAIK. Dah boleh tidur baring!

"Terima kasih Encik sebab hantar minyak ni haritu. Satu malam saja duduk hospital. Dah boleh keluar." Anies- Cheras

Lepas tu, orang katil sebelah Anies pun order sebotol untuk anaknya. Alhamdulillah nampak kesannya cepat lepas guna Minyak Herba Asma Mujarab ORIGINAL ini.


Betul anda nak dapatkan Minyak Herba Asma Mujarab ORIGINAL ni? Sebelum beli pastikan dulu anda dapatkan yang ORIGINAL ya. Jika tak pasti boleh rujuk pada kami untuk cara mengenal Pasti original atau tidak.  Andai kurang pasti lagi, boleh saja order terus dari kami. Kami adalah pengedar sah Minyak Herba Asma Mujarab ORIGINAL ini dari mulanya sehingga sekarang.



Untuk jawapan segera dan untuk order, Pm atau whatsapp saja kami dengan klik pautan di bawah.

Klik↴
www.wasap.my/60122207528/mhamori
www.wasap.my/60122207528/mhamori

www.wasap.my/60122207528/mhamori

Friday 17 November 2017

ANAK SAYA DAH MULA BATUK BERKAHAK SAMPAI NAK BERNAFAS PUN SUSAH. TAK SAMPAI HATI NAK TENGOK

"DULU DAH PERNAH GUNA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB NI. MEMANG BAGUS. CEPAT LEGA BATUKNYA"

"Tapi baru ni nak beli tak tau pulak nombor pengedar sah. handphone saya rosak haritu, habis semua nombor hilang.  Tak berani beli sebarangan sebab banyak yang tiruan kan sekarang."

"Mujur kawan saya share fb post Encik Rizal haritu. Terus whatsapp. Tengok muka macam familiar je pulak tu. Tu yang yakin. Memang nak jadi rezeki dapat beli balik minyak ni yang ORIGINAL." - Pn. Aza, Ampang 


Itulah, Minyak Herba Asma Mujarab ni memang dah terbukti berkesan dalam cepat melegakan batuk serta sesak nafas akibat asthma. Dah beratus ribu orang menggunakannya dan berpuas hati. Dari yang bayi sampai ke yang dah tua. Semua menggunakannya. Sekarang ni sampai pengguna orang putih di UK dan Holland pun mengaku keberkesanan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB Original ni.

KHASIAT UTAMA MINYAK HERBA ASMA MUJARAB:


1. Melegakan batuk yang tidak longkah. Kahak pekat akan mula "mencair" setelah menggunakan minyak ini. Jangan terkejut kalau batuk dan kahak banyak dibatuk keluar. Ini akan melegakan tekak dan dada.
2. Sesak nafas akibat serangan lelah atau asma CEPAT LEGA setelah disapu minyak ini pada kawasan dada dan pangkal tengkuk.
3. Dengan penggunaan berkala, serangan asma dan lelah dapat dikurangkan, insyallah sehingga tak perlu lagi bergantung pada ubat-ubatan.
4. Batuk baik pada anak kecil atau orang dewasa akan lebih cepat sembuh jika minyak ini digunakan seawal mungkin bila batuk mula menyerang.

* Minyak Herba Asma Mujarab ini hanya untuk kegunaan luar. Disapu di keliling dada, depan belakang dan sisi serta pangkal tengkuk bagi tujuan melegakan batuk dan sesak nafas. Bukan untuk diminum.

Sayangnya, bila dah bagus dan popular, mula la timbul yang tiruan. Ada yang sebijik rupanya, ada yang tukar nama dan cerita, dan ada yang memang lain rupanya tapi masih guna sticker ala-ala sama.

Orang ramai mula gusar untuk dapatkannya di pasaran. Kesian ibu bapa yang nak dapatkannya buat melegakan sesak nafas dan batuk si anak.

Maafkan kami juga kerana tidak bertindak lebih baik dalam menangani isu ini. Namun sekarang tak perlu risau lagi. Anda boleh dapatkan terus MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ORIGINAL dari sini. Cuma perlu PM atau klik www.wasap.my/60122207528/mhamori.

Minyak yang kami edarkan ni masih lagi yang ORIGINAL.


1. Masih diproses secara tradisional oleh keluarga Pakcik Lebai bagi mengawal mutu dan ramuan herba warisan turun temurun semenjak 40 tahun yang lalu. Cuma mula dikomersialkan semenjak 2014/2015 dan dipasarkan secara online.
2. Bagi tujuan pengkomersialan, minyak ini dinaungkan di bawah perniagaan enterprise, dan BUKANNYA di bawah sebuah Syarikat Sdn Bhd yang menggunakan nama minyak ini, seperti yang pernah digembar-gemburkan di pasaran.
3. Minyak ini telah melepasi ujian Pusat Akta Racun Negara dan bebas dari sebarang bahan bahaya. Bahan yang digunakan juga halal dan selamat digunakan oleh semua peringkat umur.
4. Bagi menjaga agar pengguna tidak tertipu, setiap botol dilengkapkan dengan HOLOGRAM, QR CODE dan No siri yang unik. Anda boleh download apps scanner di playstore ke telefon anda. Scan dan pastikan produk yang dibeli adalah yang original.



Kami di Alam Merawat masih percaya dengan produk MINYAK HERBA ASMA MUJARAB yang ORIGINAL dan akan terus mengedarkan yang ORIGINAL sahaja agar pengguna tidak tertipu.
Whatsapp ðŸ“² kami segera untuk dapatkan Minyak Herba Asma Mujarab ORIGINAL anda. Klik ⤵️



Harga:
RM39 sebotol tak termasuk kos penghantaran
COD di dalam KL RM5
Poslaju Semenanjung RM8 / Sabah & Sarawak RM11