Thursday 21 December 2017

INI CARA NAK KURANGKAN LENGUH, TEGANG OTOT ATAU SENGAL, TANPA UBAT ATAU MINYAK


Cara ni dah lama digunakan oleh mak bidan untuk kendurkan balik segala urat-urat dan otot yang tegang pada ibu-ibu lepas bersalin.

Proses melahirkan anak sebenarnya merupakan aktiviti fizikal yang amat memerlukan tenaga dan kekuatan  si ibu.  Meneran tu ala-ala lebih kurang macam nak buat deadlift juga tu. Habis semua urat dan otot tegang selama beberapa minit secara berterusan. 

Antara cara yang mudah untuk mengendurkan balik urat dan otot tu ialah dengan menggunakan tungku. Tuaman tungku yang suam-suam panas dapat bantu melancarkan peredaran darah serta melembutkan urat dan otot yang tegang.

Selain ibu dalam berpantang, siapa lagi yang boleh bertungku?

Kalau ada sengal-sengal badan atau ada rasa badan keras satu macam sampai nak bergerak pun jadi macam robot, memang sesuai gunakan tungku.

Macam mana nak bertungku ni?.
Adakah anda terbayang batu sungai atau lesung batu yang dipanaskan dan dibalut kain, kemudian dituam pada bahagian badan yang sengal-sengal?
Itu cara dulu. Masa tu senang nak turun sungai kutip batu dalam saiz yang sesuai. Sekarang mana nak dapat kalau duduk tengah-tenga bandar ni.  Habis tu macam mana nak buat tungku?

Tak perlu cari batu dah. Meh kami tunjuk cara nak buat tungku yang asas, senang nak dibuat serta digunakan. Akak tukang urut yang ajar tadi ni, bukan memandai-mandai punya ya.
.
Bahan-bahan yang diperlukan:
.
Segenggam garam bukit
Sedikit lada hitam
Tuala atau kain kecil
Getah



Campurkan segenggam garam bukit dengan lada hitam lebih kurang sesudu besar di dalam periuk atau kuali. Tak payah nak gaul bagai. Bukan boleh sebati pun.

Sediakan tuala kecil siap-siap. Semua ni berlaku dengan pantas, jadi kena siap dah sebelum proses seterusnya. Pastikan tuala tu bersih. Jangan pula tuala yang baru lepas guna lap hingus budak tu.



Nyalakan api dapur dan panaskan garam bukit serta lada hitam tadi. Biarkan selama 1-2 minit sambil ditampi-tampi periuk kecil tu. Kalau tak nak periuk non-stick kau rosak, sila guna periuk/kuali besi atau aluminium saja.
Bila dah panas dan bau lada tu pun dah mula naik, tuangkan semuanya bahan yang dipanaskan tadi ke bahagian tengah tuala yang siap terbentang. Bau naik tu bukan apa, kiranya panas dah cukup lah.. bukan untuk tumiskan pulak.



Kemudian kau buat macam dalam gambar tu. Simpulkan tuala tadi supaya kandungan garam bukit dan lada hitam tak tumpah dan ada tempat untuk dipegang.
Boleh mula menuam pada tempat yang sakit atau sengal. Mula-mula tu macam sentuh-sentuhkan saja, panas kut. Mau melecur kalau tuam lama-lama. Bila dah mula rasa suam, baru boleh tuam lama-lama pada tempat yang sakit/sengal.

*Kalau kau yang sengal, pepandai la nak tuam kat mana. Abang tak campur

Selamat Mencuba.


No comments:

Post a Comment