Friday 18 May 2018

CARA CEPAT HILANGKAN JERAWAT. KESAN SEPANTAS 3 HARI!




“Hehehe.. ada orang cakap macam mana jerawat kau dah hilang? Masuk ke dalam ke semuanya?”

“Bukan setakat jerawat saja hilang, muka pun dah kurang berminyak. Seharian tak terasa melekit kulit berminyak.”

Itulah penangan sabun arang anti jerawat Activated Charcoal & Tea Tree Oil dari Beauteous. Nak senang boleh sebut sabun ACTTO saja.

Hanya perlu gunakan saja ketika mandi dua kali sehari. Jimat masa, tak perlu masa tambahan untuk bersihkan muka semata-mata.
Buih halus bersama activated charcoal menyerap minyak berlebihan pada kulit.

Nak guna satu badan pun lagi baik. Dengan jerawat badan sekali hilang.

Kulit maintain lembap, tak kering macam kalau guna ubat khas untuk jerawat.

Sabun arang ACTTO dirumuskan dengan diadun menggunakan bahan mentah asli seperti minyak zaitun extra virgin, minyak kelapa yang kemudian dicampurkan activated charcoal (debu arang aktif serta essential oil Tea Tree.

Antara kebaikan sabun arang ACTTO dari Beauteous:
- debu arang aktif menyerap minyak berlebihan serta toksin yang berada di kulit.
- debu arang aktif yang amat halus ini juga bertindak seperti scrub untuk menanggalkan sel kulit mati, kotoran serta daki
- Tea Tree essential oil bersifat anti bakteria. Ia membanteras kuman dan bakteria.

Tiada minyak berlebihan, tiada kotoran terkumpul, kuman dan bakteria dibanteras. Jawabnya, JERAWAT PUN TIADA.

Kesan positif yang lain:

- Kelembapan kulit dikekalkan hasil dari minyak zaitun dan minyak kelapa tersebut
- kulit menjadi lebih anjal
- kurang pendedahan kepada bahan kimia merbahaya. Sabun Beauteous tidak menggunakan SLS, paraben atau bahan petrokimia yang lain. #nosls #noparaben

“Lepas guna 1-2 bulan, jerawat pun dah tak banyak keluar waktu nak period.”



RAYA TAK LAMA LAGI. Inilah masanya yang sesuai untuk mula ambil tindakan untuk hilangkan jerawat.

Ada TAWARAN MENARIK buat anda yang bersungguh nak hilangkan jerawat cepat-cepat.

Jangan berlengah lagi, klik terus pada link di bawah


Friday 4 May 2018

9 TIPS MUDAH UNTUK RAWAT DAN CEGAH JERAWAT. YANG NO. 8, RAMAI TAK PERASAN.


Walaupun nampak biasa-biasa, tapi ramai yang tak perasan rutin harian kita yang menjadi antara penyumbang pada jerawat.


Walaupun keadaan kulit berjerawat ada masanya tidak dapat dielak akibat berpunca dari perubahan hormon dalam badan, tips yang dicadangkan di bawah ini boleh membantu mengurangkannya.

Berikut adalah cara mudah untuk dicuba dan diamalkan untuk mengatasi jerawat.


1. Pastikan kebersihan muka dijaga.



Tidak kira sama ada anda mempunyai masalah jerawat atau tidak, sebaiknya muka dibasuh 2 kali sehari untuk singkirkan segala kotoran, sel kulit mati dan minyak berlebihan yang terkumpul di permukaan kulit. Gunakan air bersuhu suam-suam kuku dengan pembersih muka yang lembut.

Jika kulit sedang berjerawat, elak dari mengunakan kain atau span yang kasar semasa membasuh muka. Dan pastikan selepas dibilas, keringkan muka dengan tuala bersih. Cuma tekap saja tuala tadi pada kulit muka, tanpa mengesat. Biasakan guna tuala yang telah dibasuh dan kering setiap kali mengeringkan muka. Elakkan mengulang guna tuala yang belum dibasuh atau lembap, kerana ia adalah tempat kesukaan bakteria.

2. Jaga kelembapan kulit.  


Kebanyakan produk melawan jerawat berfungsi dengan baik untuk mengecutkan jerawat dengan cepat.  Sayangnya kebanyakannya menyebakan kulit menjadi semakin kering. Ini akan menyebabkan kelenjar sebaceous menghasilkan lebih minyak. Lebih banyak minyak, makin banyak jerawat! Pastikan anda guna produk pelembap kulit yang bersesuaian dengan jenis kulit anda.

3. Berpada-pada menggunakan make up.



Terutamanya semasa breakout, elakkan dari mengguna foundation, powder atau blusher. Jika perlu juga, pastikan muka dibersihkan dari make up pada penghujung hari. Sebaiknya, pilih make up yang bebas minyak serta tidak mengandungi bahan kimia yang kuat. 

4. Tengok balik produk penjagaan rambut yang digunakan. 


Cuba elakkan produk yang mengandungi pewangi, minyak atau gel. Bahan-bahan ini mungkin meleleh turun ke muka dan menutup liang roma kulit muka. Rambut yang berminyak juga menyumbang kepada jerawat. Minyak pada rambut boleh turun ke muka dan menutup liang roma juga. Pastikan rambut selalu dibasuh. Jika rambut panjang, elakkan dari rambut selalu terkena kulit muka. 

5. Jauhkan tangan dari muka. 


Kalau tak perlu, tak payah letak tangan di muka. Jari jemari kita ni selalu saja ada kuman dan bakteria. Lagi kerap jari kena kulit muka, lagi banyak bakteria yang boleh sebabkan jerawat berpindah ke kulit muka. Lagi satu, bila jari dah dekat muka, kecenderungan nak picit jerawat  makin tinggi. Nanti lagi banyak parut.

6. Kulit juga perlukan makanan sihat.




Letak jauh-jauh makanan yang berminyak dan jajan. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Lobak merah antara sayur yang terbaik untuk merawat dan mencegah jerawat kerana ia mempunyai kandungan Vitamin A dan anti-oksidan dari jenis carotenoids yang tinggi berbanding sayuran lain. Kedua-dua khasiat ini amat efektif dalam merawat dan mengelak jerawat.

7. Riadah


Bersukan, riadah atau bersenam tak dapat dinafikan amat baik untuk tubuh badan secara keseluruhan, termasuk kulit.  Bersenam, menggalakkan peredaran darah yang sihat. Ini membantu menyalurkan oksigen dan anti-oksidan ke sel-sel kulit yang memerlukan rawatan dan juga menggalakkan pertumbuhan sel baru yang sihat.

8. Sterilkan telefon!


Langkah ini ramai yang tak biasa buat. Telefon kita terutamanya telefon pintar adalah antara tempat yang banyak kuman. Dalam poket, atas meja makan, dalam beg, merata-rata tempat kita letak telefon. Selain itu, banyak juga tangan-tangan lain yang menyentuh skrin telefon kita. Segala kuman dan bakteria yang berada pada skrin akan berpindah pula ke muka kita semasa kita bercakap dalam talian. 

Jadi, pastikan kita selalu mensteril telefon dengan menggunakan cecair pembasmi kuman. Tak perlulah dibasuh pula, nanti baru betul jadi “telefon masuk air” pula.



 9. Rileks Brader, Rileks. 




Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan stress sebagai salah satu punca jerawat. Andai terasa stress, cari punca stress tersebut dan cuba selesaikannya. Dapatkan bantuan jika perlu.


Semoga 9 langkah mudah di atas dapat membantu anda dalam merawat dan mengawal jerawat. Andai anda rasa artikel ni boleh bantu orang lain dalam merawat dan mencegah jerawat, tolong klik butang “Share” / ”Kongsi” agar ramai lagi boleh mendapat manfaatnya.