Saturday 9 April 2016

APA SEBENARNYA GOUT?

Sekarang ni makin kerap berjumpa dan dengar pasal orang kena sakit gout.  Dulu-dulu jarang dengar. Mula-mula dengar gout dulu pun tak tau satu apa pun pasal gout ni.  Yang tau orang asyik kata gout ni sakit orang kaya.  Untung la kalau betul.. hehehe.

Gout atau Gouthritis ini sebenarnya satu masalah metabolisma di mana proses metabolisma tubuh gagal berfungsi dengan baik untuk memproses asid urik dan menyahkannya dari tubuh badan melalui proses perkumuhan.




Akibatnya, urik asid yang berlebihan di dalam badan akan terkumpul di tempat-tempat tertentu, biasanya sendi-sendi di kaki, lutut dan tangan.  Ada juga keadaan yang asid ini berkumpul di belakang cuping telinga.  Apabila telah tepu, asid urik ini akan bertukar menjadi kristal berbentuk jarum.  Haa.... itu yang menyebabkan sakit tu.  Ini sesuai dengan perumpaan Melayu "Bagai Duri Dalam Daging"...  Bayangkan beribu-ribu jarum di dalam sendi dan daging mencucuk-cucuk sepanjang masa.  Sebarang pergerakan akan menyebabkan rasa sakit.  Kena angin pun boleh sakit tau, belum kena kain atau kena orang.



Ada orang yang hanya mengalami serangan gout akut sekali dua sepanjang hidupnya.  Namun bagi yang menghidap gout, kegagalan metabolisma asid urik itu adalah berkekalan dan serangan akut akan selalu terjadi dan berpanjangan.  Mengikut peubatan moden, keadaan ini tidak boleh dipulihkan, tapi boleh dikawal melalui ubat-ubatan dan diet yang bersesuaian. Hampir sama dengan keadaan darah tinggi dan diabetes, perlu bergantung pada ubat seumur hidup.

Setakat ini, saya belum berjumpa dengan ubat tradisional atau moden yang dapat memulihkan terus keadaan gout ini.  Kebanyakkannya hanyalah mengawal kandungan urik asid di dalam badan atau mengeluarkan urik asid dan kristal.  Selepas satu tempoh, jika seseorang itu memang mempunyai Masalah metabolisma asid urik, serangan gout tersebut akan kembali jika langkah perubatan dan pencegahan tidak diambil.  Ini kerana asid urik akan berkumpul semula, lalu menjadi tepu dan membentuk semula jarum-jarum halus tadi.  Maka kena balik gout.

Oleh itu, pengidap gout tidak dapat tidak, perlu mengambil ubat moden atau tradisional atau membuat rawatan untuk membuang asid urik yang terkumpul di dalam badan.  Selain itu diet yang bersesuaian perlu diamalkan agar kandungan urik asid di dalam badan dapat dikawal.

Untuk yang berjaya mengawal gout dengan ubatan moden, tahniah diucapkan kerana anda telah dapat menyelesaikan satu masalah utama dalam hidup anda.  Bagi yang belum dapat penawar yang serasi, bolehlah cuba pelbagai jenis rawatan serta ubaan tradisional.  Dari segi rawatan ada kaedah berbekam, penggunaan lintah, akupuntur dan lain-lain.  Ubatan tradisional juga terdiri dari pelbagai jenis.   

Berdasarkan beberapa kaedah rawatan dan ubatan yang telah saya ikhtiarkan, setakat ini yang paling berkesan ialah Penawar Gout Orang Asli.  Sejak mengamalkannya selama hampir 9 bulan, saya kini boleh makan boleh kata apa sahaja, asalkan tidak melampau-lampau.  Keadaan gout saya juga terkawal dan jarang sekali saya kena serangan gout akut.  Dalam tempoh tersebut, saya baru mengalami 3 episod serangan gout akut yang hanya mengambil 2-3 hari untuk surut. Dalam tempoh tersebut, kesakitan mencucuk-cucuk seperti sebelum ini tidak ada lagi. Yang seronoknya, sekarang saya sudah boleh aktif bermain dengan anak-anak selalu serta saya sudah boleh aktif berbasikal semula.   Solat juga tidak perlu lagi duduk dikerusi sahaja. Sudah boleh melakukan pergerakan solat macam orang lain.

Jika anda atau anda tahu sesiapa yang masih tercari-cari penawar bagi pengawalan gout yang berkesan sila telefon atau Whatsapp saya di 012-2207528 bagi mendapatkan maklumat kanjut mengenai Penawar Gout Orang Asli ini.




No comments:

Post a Comment