Wednesday, 25 May 2016

MADU LEBAH: MASIHKAH RELEVAN UNTUK PENJAGAAN KESIHATAN?



Madu memang sudah terkenal sebagai makanan tambahan berkhasiat dan mempunyai keupayaan menyembuhkan pelbagai penyakit.

Manfaat madu ini telah pun disebut di dalam Al-Quran sejak 1400 tahun dahulu lagi:-

“Dan Tuhanmu mewahyukan (mengilhamkan) kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia (peternakan lebah). Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan. [QS. An-Nahl: 68-69]

Sayangnya, dengan perkembangan perubatan moden, khasiat madu telah banyak dilupakan dan lama-kelamaan madu tinggal sebagai pemanis atau penambah perisa makanan/minuman sahaja.



Namun, di alaf baru ini, semacam timbul kesedaran kembali tentang khasiat perubatan alternatif/tradisional/semulajadi/apasajalabelnakbagi..  Salah satu bahan yang mula mendapat semula tempat di kalangan masyarakat sebagai ubat/penawar adalah madu.  Biarlah nak label apa pun, yang pentingnya masyarakat mula mengkaji semula khasiat madu dan menggunakannya untuk manfaat kesihatan dan kecantikan(?)..






Bermacam-macam jenis madu boleh didapati di pasaran sekarang ini. Ada madu tanah tinggi, ada madu ikut jenis bunga, ada yang manis, ada yang terlampau manis... yang penting berhati-hati jangan sampai terkena dengan madu tiruan.  Adat dunia, kalau dah popular, mesti akan ada tiruan.

Sebagai pengakhir bicara, pastikan di ruamah tuan-tuan dan puan-puan sentiasa ada sebotol madu untuk kegunaan harian. Selamat ber..madu.. (bukan madu kahwin ya...)

No comments:

Post a Comment